Tuesday, January 11, 2011

~ Resipi Roti Sosej Gulung...

Sheery Dream Cakes | 10:28 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Roti Sosej Gulung untuk bekal anak-anak ke sekolah pagi ini.. Walaupun ianya ringkas namun ianya menjadi kegemaran anak-anak.. Roti Sosej Gulung ini juga sangat mudah untuk disediakan.. Jom tengok resipinya...



ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan-Bahan
  • 2 keping roti _ dipotong tepinya
  • 2 batang sosej
  • 2 keping keju cheddar
  • Daun salad secukupnya
  • Mayonis
  • Sos cili / sos tomato
  • Minyak

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp gula



Cara-Cara
  1. Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Angkat dan ketepikan. 
  2.  Sapukan roti dengan mayonis dan sos cili atau sos tomato.
  3. Letakkan daun salad, keju cheddar dan sosej goreng. Picitkan sos cili atau sos tomato bersama sedikit mayonis.
  4. Gulung dengan kemas.
  5. Hidang.










0 comments: