Tuesday, February 1, 2011

~ Kek Kukus Coklat...

Sheery Dream Cakes | 5:48 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ermmm.. penatnya.. baru tadi pukul 4 pm siap kesemua kek... Alhamdulillah.... Boleh tarik nafas lega.. Tahun ni cuma dapat buat 6 biji kek untuk CNY untuk MIL... Jom tengok resipi nya


KEK KUKUS COKLAT

Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 200 gm mentega
  • 1 tin kecil ( 388g ) susu krimer manis cap junjung 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 50 gm kelapa parut
  • 200 gm tepung gandum
  • Coklat secukupnya _ ( perisa mengikut kegemaran masing-masing )
  • 1 tsp esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah


Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Pukul telur dengan gula sehingga sebati dan gebu. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan susu krimer manis dan esen vanilla sehingga sebati. 
  4. Setelah itu campurkan kedua-dua adunan dan pukul lagi.
  5. Kemudian masukkan pula tepung gandum dan kelapa parut. Pukul sehingga sebati.
  6. Warnakan adunan dengan pewarna merah.
  7. Ambil sedikit adunan kek dan tuangkan ke dalam acuan kek yang telah dilapiskan dengan aluminium foil. Kukus sehingga adunan masak.
  8. Kemudian susun coklat pilihan di atasnya. Tuangkan lagi sedikit adunan kek dan kukus lagi sehingga masak. 
  9. Buat begini sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan sebelum dipotong.




0 comments: