Thursday, April 28, 2011

~ Ayam Masak Sos Cili Thai...

Sheery Dream Cakes | 11:31 AM |

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua... 


Wah!! Pepagi lagi dah tayang lauk ayam ni.. Hehehe.. Sebenarnya ni menu semalam.. Baru berkesempatan nak update... Ni pun resipi ulang tayang juga... Dulu pernah Diana kongsikan di sini dah resipinya.. Klik → SINI. versi campak² jer tu... Tapi kali ni Diana letak resipi mengikut sukatannya.. Ok ler.. mari tengok resipi ni yer..





AYAM MASAK SOS CILI THAI

Bhn A
  • 6 ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang merah _ d hiris
  • 4 ulas bawang putih _ d hiris
  • 2 inci halia _ d hiris
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp gula


Bhn² Lain
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis


Bhn² A
  • 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 2 tbsp ABC sweet sauce
  • 1 tbsp gula ( pilihan.. tak bubuh pun tak per )


Bhn
² B
  • 1 inci halia _ d cincang
  • 6 ulas bawang merah _ d cincang
  • 4 ulas bawangh putih _ d cincang


Bhn² C
  • 1 1/2 tbsp sos tiram maggi
  • 1/2 cawan Kimball sos cili thai
  • 1 1/2 cawan air rebusan ayam


Bhn
² Untuk Hiasan
  • Daun sup _ d cincang
  • Cili merah _ d cincang

Cara
²

  1. Gaulkan kesemua bhn² dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk dan tambahkan air melebihi paras ayam.. Rebus ayam sehingga masak.
  3. Toskan ayam n ketepikan air rebusan tadi untuk kegunaan sosnya nanti.
  4. Gaulkan ayam bersama bhn² A dan goreng ayam d dalam minyak yang banyak sehingga sedikit garing.
  5. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum d potong.
  6. Potong ayam menjadi ketulan kecil dan susun d atas pinggan.
  7. Ketepikan.

Cara Untuk Sos

  1. Tumiskan bhn² B bersama sedikit minyak sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan bhn² C dan biarkan ianya mendidih. Sesuaikan rasa.
  3. Tutupkan api dan tuangkan d atas ayam yang telah d susun d atas pinggan. Taburkan daun sup dan cili merah.
  4. Hidang.



6 comments:

Nieza said... Reply

akak, pepagi singgah sini terus lapar perut ni..hehe sedapnya..

ziey said... Reply

wah sedapnya,,lapar ler,,bg sepinggan..

Diana @ Melley Mey said... Reply

nieza ~
hehe... menu semalam baru dapat update kat sini nieza... hehehe..

ziey ~
hehehe.. dah licin dah.. nnt masak lg kita makan sama2 yer.. heheh

cik cek said... Reply

Salam Diana...

Wow!....menggodanya...siap ngan chopstick lagi tu....
Ingatkan kak cek baru nak ngendeng...abis dah ke...jilat jarila nampaknya....hu hu...

Yatie said... Reply

uwaaaa berderet je menu ayam...menyelerakan sunggguh....laporlah....kalau dpt rasa ni sedapnyaaaaa....

Diana @ Melley Mey said... Reply

cik cek ~
wsalam kak cek.. hehehe.. a'aa dah abis dah.. tak per nnt diana masak lg kita makan sama2 yer.. ;)

yatie ~
heheh.. a'aa kan akak kan... atas bawah menu ayam jer.. nasib selepas nie bukan menu ayam lagi kan akak.. ehhehee...