Tuesday, May 17, 2011

~ Ayam Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 11:22 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebenarnya ni resipi ulang tayang ni.. Cuma ada sedikit olahan dari resipi lepas. Resipi asal dari sebuah buku masakan cina.. Tetapi Diana olah mengikut citarasa keluarga Diana.. 

Baiklah... Tiada apa yang hendak diceritakan hari ni. Nak cepat siap buat entri kali ni sebab anak kecil Diana kurang sihat sebenarnya.. Tanpa membuang masa.. Apa kata kita semak resipinya..


Olahan Oleh ~ skybluemelleymey.blogspot.my


AYAM SOS PLUM


Bahan-Bahan
  • 4 ketul peha ayam _ buangkan kulit dan tulangnya ( jika suka boleh juga dipotong kecil )
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Perap
  • 2 tbsp sos tiram maggi atau boleh gantikan dengan sos lada hitam Life
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • 1/2 tbsp gula
  • *Jika suka boleh bubuh sedikit perencah pati ayam Tumix 

Bahan-Bahan Adunan Tepung  ( Campurkan kesemuanya dan gaul sebati )
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 5 tbsp Sos Plum Loon Kee
  • 5 tbsp jem buah-buahan
  • 1/2 tbsp air limau kasturi
  • 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan d cincang
  • 3 biji cili padi _ dicincang
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 cm halia _ dicincang
  • 1/4 tsp biji bijan panggang
  • 1/4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • *Jika suka boleh juga bubuh 3 tbsp sos cili Maggi 

Bahan-Bahan Salad ( Kalau suka makan salad ni.. boleh lah ditambah sukatannya ya) 
  • 3 biji mangga muda / hampir masak _ dikupas kulit dan buangkan bijinya.. Hiris 
  • 2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris 
  • 1 biji bawang merah besar / bombay _ dihiris halus
  • 1/2 biji timun jepun _ dihiris bersama kulitnya
  • Boleh bubuh epal hijau jika suka _ dikupas kulitnya dan dihiris

Bahan-Bahan Untuk Sos Salad
  • 1 1/2 tbsp sos tomato maggi
  • 1 1/2 tbsp sos cili maggi
  • 1 tbsp air limau kasturi

Cara-Cara
  1. :: Perap ayam bersama bahan-bahan perap selama 1 - 2 jam.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali. 
  3. Celup ayam ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak yang dalam  di atas api sederhana sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  4. :: Untuk Salad ~ Satukan kesemua bahan-bahan salad ( bahan yang dihiris ) di dalam mangkuk dan gaul rata bersama bahan-bahan sos salad. Ketepikan.
  5. :: Untuk Sos ~ Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah serta cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan kesemua baki bahan-bahan dan biarkan ianya mendidih seketika. Tutupkan api.
  6. Potong ayam kepada ketulan kecil. Susun ayam bersama salad di atas pinggan.
  7. Tuangkan sos di atasnya.
  8. Hidang.

:: Note ~ Untuk adunan tepungnya pula, boleh juga dibuat  tanpa mencampurkan air. Hanya gaulkan kesemua jenis tepung dan garam hingga rata. Kemudian saluti ayam dengan tepung dan goreng.



Ini pula yang menggunakan isi ayam yang dipotong kecil dan menggunakan mangga yang hampir masak






6 comments:

Naz said... Reply

Assallamualaikum Diana..

Anak tak sihat yer.. mmg susah ati kan.. Semoga Irfan lekas sembuh yer..

Bestnye lauk ni.. Lapo pulak balik semula bila tgk.. Harus buat ni lepas ni.. Sedap3x...

CT Delima said... Reply

Assalamulaikum Diana

Bila anak2 tak sihat kita ni pun akan rasa susah hati sama. Biarlah kita yang sakit pandai juga menjaga diri. Semoga Irfan cepat sembuh insyaAllah. Diana pun jaga diri selalu, kang dah sakit susah pulak nk memasak lagi :)

Lauk2 yang sungguh berselera walau nampak ringkas namun kalau terhidang depan mata mesti habis punya kan. tengok pun dah nampak sedap :DD

Ayu said... Reply

Assalam diana,
waduh kecurnya akak tengok shredded mango kat tepi tu...mesti sedaplah ni..boleh masuk list..
irfan tak sihat ya..cian dia..banyakkan minum air ya..take care dear..

Diana @ Melley Mey said... Reply

naz ~
wsalam naz..
a'aa.. tu yg slow jer tu nak update blog... kena ambil lebih perhatian kat dia... cian dia... Terima kasih naz..:)

Ikut tekak keluarga diana mmg mereka suka makan.. try ler nnt yer.. :)

ct delima ~
wsalam akak...
betul tu akak.. risau sesgt.. nie pun irfan baru jer bangun.. nasib sempat update 1 entri tadi.. Cian dia kalau x sihat mcm nie kan akak... terima kasih akak.. :)

a'aa akak... Alhamdulillah.. mereka semua suka makan... :)

lina said... Reply

salam diana - sedap nyaaaaaaaa....adeh...suka masak gini.

Diana @ Melley Mey said... Reply

wsalam ..
a'aa sama ler.. diana pun suka masak mcm nie.. ;)