Thursday, July 21, 2011

~ Ikan Pari Masak Hijau...

Sheery Dream Cakes | 1:43 PM |

Assalamualaikum dah Salam Sayang..

Ikan Pari Masak Hijau... Resipi ni memang sedaaap!! Terima kasih Akak Ayu kerana berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak.. Terima kasih..


Bahan-Bahan
  • 2 - 3 ekor anak ikan pari _ dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 3 - 4 batang daun kari
  • 3 batang cili hijau dihiris _ k.nor tumbuk kasar ( Diana pun tumbuk kasar )
  • 1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 5 - 7 bj cili padi _ dihiris ( yg ni k.nor tambah ) _ Diana pun tambah juga

Cara-Cara
  1. Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . 
  5. Masukkan sedikit perasa dan garam jika perlu dan gaul rata. 
  6. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. 
  7. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. 
  8. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...