Saturday, July 2, 2011

~ Ikan Tempra Nyonya...

Sheery Dream Cakes | 3:26 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Petang ni Diana nak kongsikan resipi Ikan Tempra Nyonya. Jika anda memiliki buku-buku masakan Nyonya, salah satu resipi yang mungkin anda akan jumpa resipi Ikan Tempra. Pelbagai versi yang Diana pernah jumpa. Jadi Diana olah resipi Ikan Tempra tu mengikut bahan dan selera orang di rumah ni. Jom tengok resipi menu yang dah lama licin ni. 

::  Bawang merah dan bawang putih goreng  ::

::  Bahan yang perlu ditumis  ::


IKAN TEMPRA NYONYA

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ dibersihkan
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam _ Tak bubuh pun tak apa

Bahan-Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah _ dihiris
  • 12 ulas bawang putih _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dipotong menyerong

Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bahagian bawang merah goreng dan 1/2 bahagian bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 bahagian lagi bawang merah goreng dan 1/2  bahagian bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...