Friday, September 23, 2011

~ Sup Tulang Lembu...

Sheery Dream Cakes | 2:41 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali… Entri tertangguh lagi hari ini.. Dah lama licin dah... Kita layan gambar dan resipi saja la ya.. ;). Resipi yang sedap ni Diana ambil dari dapur CMG.. Kalau singgah kat dapur CMG tu memang tak sah la kalau tak tergoda... Memang sedap-sedap belaka masakan yang ada di sana.. Terima kasih CMG kerana berkongsi resipi ni.. Izinkan pula Diana kongsikannya di sini ya CMG.. Dan ada sedikit bahan yang Diana tambah.. Halal ya CMG... Terima kasih .... 


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )


SUP TULANG LEMBU

Bahan-Bahan
  • 1.2 kg tulang lembu yang ada sisa daging
  • 1 pokok daun ketumbar, potong kasar²
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 1/2 inci halia*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 camca besar bawang goreng*
  • 3/4 camca besar lada hitam*
  • 1 camca besar penuh biji ketumbar*
  • 3/4 camca teh jintn kasar*
  • 3/4 camca teh jintan halus**dikisar halus )
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup, sebagai hiasan
  • Bawang goreng sebagai Haitian
  • 2 biji tomato _ d cincang ( Diana tambah )
  • Serbuk lada putih ( Diana tambah )


Cara-Cara
  1. Tulang lembu dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk, masukkan air, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga bersama-sama bahan kisar halus dan juga daun ketumbar ( juga bahan yang Diana tambah ). Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renih hingga daging lembut dan mudah ditanggalkan dari tulang ( mungkin 1 atau 2 jam ). Jika air berkurangan, tambah dengan air panas.
  2. Perasakan dengan garam, dan masak lagi sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama mee hoon, mee kuning atau nasi impit...
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk sup dalam periuk tekanan, tuang air sehingga menutupi bahan-bahan tadi. Tambah garam sedikit, kacau dan masak. Bila periuk bunyi ber"desir", kecil kan api dan masak selama 25 minit. Padamkan api, angkat periuk dan letak dibawah air mengalir sehingga hilang bunyi desiran. Buka dan kalau perlu tambah air sebagai kuah dan juga garam secukup rasa. Hidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Perihal periuk tekanan tu, mungkin anda memiliki periuk tekanan atau pressure cooker yang berlainan teknik memasaknya, jadi gunakan buku panduan yang disediakan pada periuk tekanan masing-masing untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini....





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...