Monday, January 9, 2012

~ Durian Pancake / Kuih Dadar Durian...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam pasti ramai yang duduk depan TV tengok rancangan MasterChef Malaysia Akhir kan... Diana pun tidak melepaskan peluang tu.. Tahniah buat Dr Ezani kerana telah dinobatkan sebagai juara musiam pertama MasterChef Malaysia.. Tahniah juga buat Wahidan kerana berjaya masuk ke peringkat akhir.. 

Hari ni Diana nak cerita tentang Kuih Dadar Durian  ni.. Diana buat pada sabtu lepas... Memang sedaaap sangat.. Simpan lagi dalam peti ais sebelum dimakan.. Aduuh!! Sepotong memang tidak cukup.. Cuma kulit Kuih Dadar Durian yang Diana buat ni tak berapa cantik.. Huhuuu... Tak licin macam orang lain buat.. Mungkin juga kerana Diana tukarkan pes pandan tu kepada daun pandan.. Hehehee.. Itu lah kan.. Pepandai nak ubah resipi.. Oleh kerana ada sedikit lagi stock durian.. Pagi ahad tu diana buat lagi ( tapi tak ambil gambar pun sebab nak cepat.. sebab ada jemputan kat majlis perkahwinan ).. Pagi tu Diana guna jer pes pandan dan hasilnya kulit kuih tu licin dan cantik.. Nak ulang ambil gambar memang virus M melanda... Tak apa lah kankan.. Tayang gambar yang sedia ada ni pun ok juga eh? Yang penting kesedapannya tu masih sama..


Untuk resipi ni Diana ambil dari dapur AlongRoz... Seperti yang Along maklumkan.. Memang sedap rasa gabungan kuit dan intinya tu.. Memang rugi kalau tak mencuba.. Sedaaap!!!. Terima kasih buat Along dan KakWan kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih..



DURIAN PANCAKE / KUIH DADAR DURIAN

~ Untuk Kulitnya...

:: Resipi Oleh ~ KakWan @ Citarasawan ( TQ )


Bahan-Bahan Untuk Kulit
  • 250ml Susu Cair
  • 100g Tepung Gandum
  • 1/4 st Garam
  • 3 biji Telur
  • 1 sb Mentega Cair
  • 1 sb Pes Pandan 


Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan kulit ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Tapis.
  2. Ambil sesenduk adunan dan ratakan ke dalam kuali menjadi dadar nipis.
  3. Biarkan sehingga masak sebelum diangkat.
  4. Buat semua sehingga habis.


~ Untuk Inti Krim Durian...

:: Resipi Oleh ~ AlongRoz @ HomeKreation ( TQ )


Bahan-Bahan
  • 200ml Whipping Cream ( whipped ) 
  • 10 ulas isi durian



Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Letak satu senduk inti krim durian ke atas sekeping kulit ( yang Diana buat ~ bubuh 1 senduk inti krim durian dan sedikit isi durian ) dan lipat seperti bantal.
  3. Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
  4. Buat sehingga habis.
  5. Hidangkan segera atau disejukkan dahulu.


15 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... Reply

Cantiknya kulit pancake tu...bolehla akak nak try resipi Diana ni

Mas said... Reply

cantikkkkknya durian pancake tu kak diana.....
kretif la akak ni....

Zaliedana said... Reply

Kak Diana cantik gile bila diikat ngan reben gitu,mmg menarik da bom kak,rasa lak msti lmk berkrim kan..Adeiii terliurnya kak..

nonierahman said... Reply

Salam kak Diana.sedapnya pankek durian.nonie pon pernah buat sblm nie..nie yg rasa mcm nak buat sekali lg.mmg sedap kan!

tun_telani said... Reply

cantiknyer kuih dadar durian akak.. sayang pulak nk makan..

rahel said... Reply

Canteknya kuih dadar..warna yang menyegarkan mata...semestinya enak banget...

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayang lg dirindu...lama x jenguk, ingat Diana bz lgk..hehe, ni nampak dah laju update..hehe. WAaaah kemas dan cantik jek lipatan dadar tuh...tp akak x mintak la kali ni sbb ada durian..akak x makan...huhuuu. Lenkali letak inti lain, pgil akak makan eh Diana.. :)

Gee® said... Reply

Ermmm...cantek dadar hijau tu... cantek sungguh... menggoda laa...

izahdaut said... Reply

fuhhh dasatnya yang dah dipotong tu.. sedap bangat. mcm sekerim pun ada. best nya kak kalau dapat seketul. lepas makan sorong bantal.. zzz

nur easy said... Reply

comelnya.. gebu je nampak

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Reply

salam Diana...tue pon dah nampak comel & pastinya sedap di makan.

Liza said... Reply

pergghhhh, nmpk pun dh menggiurkan....Liza salin resepi dulu yer...thnx D

Yatie said... Reply

cantiknya durian pancake Diana tu, sayang nak makan..kalau depan mata akak NGAPPPP gak..he3...

nuwairani ismail said... Reply

x dapat nak bayangkan lagi rasa kuih ni mcm mana...hmm...

Nieza said... Reply

assalam kak D cyng, menarikla kak pankek ni..hari tu dh masuk list tapi lum buat lagi ni:)