Sunday, January 29, 2012

~ Steamed Boxing Chicken Curry...

Sheery Dream Cakes | 11:48 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua… 

Untuk resipi seterusnya, Diana nak kongsikan resipi Steamed Boxing Chicken Curry.. Resipi ni Diana ambil dari buku masakan Classic Asian Curry.. Tetapi Diana dah olah mengikut citarasa keluarga Diana… Ayam ni sedap dimakan bersama nasi putih panas. Apa kata kita semak resipi olahan ini….


Tidak dapat dinafikan lagi menu ini memang banyak kerjanya.. Nak potong bentuk boxing.. Nak perap.. Lepas tu kena goreng ayam tu barulah dikukus.. Mana lagi bab nak sediakan kuahnya.. Memang banyak kerja tapi menu ini kegemaran anak-anak... Jadi semua itu memang tidak terasa bila tengok mereka berselera makan.. :).


Resipi Di bawah Adalah Resipi Olahan Oleh ~  skybluemelleymey



STEAMED BOXING CHICKEN CURRY

Bahan-Bahan A
  • 8 keping paha ayam ( ambil bahagian bawahnya sahaja ) _ buangkan kulitnya
  • 1 inci halia _ dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 biji cili padi _ dihiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah _ dihiris
  • 175 ml air
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis 

Bahan-Bahan B ( Dicampurkan )
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • Sedikit air panas

Bahan-Bahan C ( Secukup rasa )
  • Garam
  • Gula
  • Gula melaka
  • Asam jawa + sedikit air _ buangkan bijinya

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tbsp tepung beras
  • 1/2 tbsp tepung gandum
  • 1/2 tbsp tepung kastard
  • 1/2 tsp minyak bijan


Cara-Cara
  1. Kerat bahagian hujung paha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan-bahan perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan. 
  4. Susun ayam di atas pinggan yang sesuai. Ketepikan.
  5. Goreng bawang merah menjadi bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
  6. Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
  7. Kemudian masukkan bancuhan bahan-bahan B dan tumis sehingga pecah minyak.
  8. Tambahkan air dan bahan-bahan C. Biarkan ianya mendidih.
  9. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  10. Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
  11. Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.
  12. Kukus ayam sehingga masak.
  13. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
  14. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

:: Resipi Asal Dari ~ Buku Masakan Classic Asian Curry 

:: Sebelum dikukus ::  


Anda juga boleh menggunakan ayam yang dipotong kepada ketulan kecil.. Hasilnya anda boleh tengok seperti gambar di bawah…





17 comments:

ibh said... Reply

Sedapnya. . Elok ja posingnya. Sue suka tgk picture food akk tau. . :-)

Zaliedana said... Reply

Kak Diana,sy baru duk selongkar resepi ayam kat dapo akak,sekali klr resepi nih lak,wah nmpk sedap n menarik tuh kak..Sempoi jer tgk ayam tuh posing..

wanie said... Reply

salam k.diana...saya ni masih baru dlm "alam" blog ni...bru nak jinak2...tgok akak punya blog memang bestlah...x tahan x leh nak diet...blh kak diana jd member blog wanie...?

Mas said... Reply

wahhhhhh...peha ayam diboxingkan...
mengeliurkan jerk tau.....
sedapppnya mas tengok ...
rasa nak hulur nasi kosong jerk tau..he3

Mas said... Reply

wahhhhhh...peha ayam diboxingkan...
mengeliurkan jerk tau.....
sedapppnya mas tengok ...
rasa nak hulur nasi kosong jerk tau..he3

ady said... Reply

as-salam Diana
tengok je dah berselera Steamed Boxing Chicken Curry Diana ni..sedapnye..

Sari Yusa Ibrahim said... Reply

aiii.. betul punya nak boxing ni D...

Cheq Sue said... Reply

amboi...bersusun elok aje ayam tu... kecur tetibe nengoknye

Nuridah said... Reply

Diana cayang,

cantik ayam boxing tu berdiri tegak...hehe...sedap nampaknya..

Gee® said... Reply

Diana...nk boxing!!

nuwairani ismail said... Reply

resepi ayam dr blog kak diana memang selalunya sedap sebab bahan perap macam2...rasa rempah2 tu...nani selalu amik resepi ayam dari blog kak diana

Puspha said... Reply

sedap nyer.....

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayanggg, rindunyaaaa, meh nak hug sikit pp gebu tu... Eh jgn boxing akak pulak eh, hehe. Kasi ayam boxing tu xpaaa..kecil tapak tangan, kuali akak tadahkan..wahahhaa.. Nampak sungguh menyelerakan laa lauk ni Diana, rajin ke akak nak buat nh...cantik pulak posing ayam ni...x sampai hati nak boxingkan dia...hehehe, muaaahh tuk Diana..

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Diana..Cantik betul ayam tu dok posing...

Siti_btp said... Reply

Salam Diana.....Terliur dgn masakan diana..

Mcm nak masuk je dlm skrin ni..
Cantik2 gambarnya..

Akak masih baru dlm blog ni.Nak ambil gambar pun tak tahu....

Anonymous said... Reply

assalam diana, semlm tgk tergoda..terliur sgt2 hehee..hari dpt gak buat..sedap tullh!!!...mekasih ya...cantik2 gmbr masakn diana...klu org tgk pasti tergoda... :) zila66

ummiakid-lily said... Reply

wowwwww...mmg nampak mengoda...dh salinresepi nanti nak cuba...tq Diana...nampak gojes sgt boxing tu...