Monday, February 6, 2012

~ Kari Udang Dan Terung...

Sheery Dream Cakes | 12:28 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni masih lagi bercuti.. Esok dah mula bekerja dan sekolah semula.. Tapi sekolah Irfan masih lagi mood bercuti sampai esok.. Rabu baru Irfan sekolah... Sebab hari ni merupakan sambutan  Chap Goh Mei 2012 dalam dialect  Hokkien ( 15th night ) yang menandakan tamatnya tempoh perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun ni... Hari ni pasti ramai sanak saudara dan kawan-kawan yang sibuk membuat persiapan Chap Goh Mei untuk malam ni kan.. Seperti yang kita maklum sememangnya perayaan Chap Goh Mei ni akan bermula dari petang hingga ke pagi hari.. Kepada anak-anak saudara semua, pastikan awal balik ya jika tak larat nanti... Happy Chap Goh Mei kepada sanak saudara dan semua yang menyambutnya..


Baiklah, berbalik kita kepada resipi yang Diana nak kongsikan ni. Kari Udang Dan Terung yang dah lama menunggu giliran nak diupdate di SBK ni.. Haih!! Masak bulan Jan lepas sebenarnya... Hehehee... Dah sebulan dah habis.. Baru nak tayang kan.. Jom tengok resipinya.. 



KARI UDANG & TERUNG

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibersihkan, buang kakinya dan belah belakang udang sedikit
  • 650 gm terung _ dibelah dan dipotong panjang
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 keping asam keping
  • Santan secukup kegunaan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan-Bahan A ( Dicampurkan )
  • 3 tbsp serbuk kari ayam dan daging Baba's
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1/4 serbuk cili
  • Sedikit air panas


Bahan-Bahan Tumbuk
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
  • Sedikit belacan jika suka


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk bersama bawang putih  hingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan A dan sedikit gula. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan terung dan gaul rata. Masak seketika.
  4. Setelah terung nampak layu bolehlah dimasukkan udang, santan dan asam keping.
  5. Tambahkan garam secukup rasa.
  6. Setelah udang dan terung masak bolehlah tutupkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.




10 comments:

ibundo said... Reply

makan dengan nasi tengah panas sedap ni.....

rahel said... Reply

Lauk kegemaran my family..suka banget..sedap dan menyelerakan.

Diana @ Melley Mey said... Reply

@ibundo

Betul tu ibundo... Makan ngan nasi putih panas mmg best... :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@rahel

Sama juga ngan family diana... Tambah lg ada terung.. :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

datang keneng2 kat sini sebab tengahari ni buiat porridge.Separuh isi rumah batuk dan sakit tekak,termasuk la tukang masaknya..hukhuk

IXORAROXI said... Reply

Sedapnya nampak kari udang Diana masak tu.Akak suka sangat udang, tapi itulah, kalau masak nampak gayanya akak sorang je yang makan.

Cekgu Maz said... Reply

salam...membuka selera tol masak udangtu...musti sedap...hehe

ady said... Reply

as-salam diana
npk berselera kari udang tu diana..sangat menggoda udang tu...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... Reply

Sedapnya Diana.....kecur dibuatnya lama tak masak kari Udang

nOOrsha said... Reply

salam kak D..lame rasenya sy tak mengari..sedapnye kari udang akak ni..ade terung lg..memang peberet sy 2-2 ni :)