Saturday, February 4, 2012

~ Kek Kukus Lapis Nescafe & Keju...

Sheery Dream Cakes | 5:06 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hujung minggu ni pasti ramai yang balik kampung kan... Mungkin juga ada yang bawa keluarga pergi jalan-jalan... Diana pula hanya ddi rumah saja. Tak pergi mana-mana pun.. Mulanya tu niat d hati nak pergi melawat daughter di kem PLKN Papar.. Tapi terpaksa dibatalkan saja niat tu sebab anak kecil Diana masih kurang sihat. InsyaAllah minggu depan baru pergi melawat dia.. Rindu kat dia sebenarnya.. Baru saja lepas call dia tadi.. Bertambah pula kerinduan tu.. 


Seperti yang Diana janjikan semalam di FB.. Hari ni Diana nak kongsikan resipi Kek Kukus Lapis Nescafe & Keju.. Resipi ni merupakan olahan terbaru Diana... Cuma bila ditengok rupa kek kukus ni betul-betul.. Memang ada cacatnya.. Cuba perhatikan permukaan atas kek tu.. Ianya tak berapa cantik kan?  Oleh kerana Diana sibuk menumis bahan untuk Ikan Kukus.. Diana minta lah maid tolong tutupkan api kat ikan yang Diana kukus tu.. Tapi dia tersilap dengar pula... Dia ingat Diana suruh dia besarkan api kat kek kukus ni ( masa tu kek ni tengah dikukus untuk lapisan terakhir ).. Diana pun tak perhatikan masa tu.. tiba-tiba Diana ternampak kukusan tu mengeluarkan wap yang banyak.. Maid dah buat silap rupanya.. Nasib baik tak rosak sangat kek kukus ni kan.. Kalau Diana lambat perasan yang apinya dibesarkan.. Pasti permukaan kek ni lebih teruk.. Tapi tak apa lah kan.. Hehehe... 


Sebenarnya warna kek ni Diana nak bubuh warna purple atau oren.. Tapi tak perasan pula kedua-dua warna tu dah kehabis stock di rumah ni rupanya.. Nak tak nak bubuh lah warna lain.. Bubuh warna pink dan perang walaupun warna ni dulu pernah Diana gunakan untuk Kek Kukus Lapis Sheery.. Tak apa lah... Cuma kalau buat keduanya sekali.. Kena lah bubuh warna yang berlainan.. Nanti orang ingat kek yang sama pula.. Sedangkan rasanya berbeza.. Hiihiii.. Baik lah.. Jom kita semak resipinya...



KEK KUKUS LAPIS NESCAFE & KEJU


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur _ asingkan putih dan kuningnya
  • 1 cawan mentega berkualiti tinggi
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 400 gm cream cheese Philadelphia
  • 1 tin kecil susu pekat manis ( 388 gm ) _  Diana guna susu cap junjung krimer manis 
  • 1 tin sederhana serikaya ( 300gm )
  • 4 tsp nescafe _ diayak
  • 1 tsp esen vanilla
  • Pewarna perang dan pink atau warna pilihan masing-masing


Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Pukul putih telur sehingga kembang.
  3. Masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga kembang. Ketepikan.
  4. Kemudian, pukul mentega bersama cream cheese sehingga sebati.
  5. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Setelah itu, campurkan adunan putih telur dan gula kastor tadi. Pukul sebati.
  7. Masukkan tepung gandum dan pukul rata.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
  9. :: 1 bahagian bubuh nescafe, susu pekat manis dan pewarna perang. Pukul rata.
  10. :: 1 bahagian lagi bubuh serikaya, esen vanilla dan pewarna pink. Pukul rata.
  11. Ambil 4 senduk adunan nescafe dan susu pekat tadi.. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dialas dengan aluminium foil.. Kukus sehingga kek masak.
  12. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi halus pada kek dan tekan dengan lembut menggunakan sudu plastik lembut.. Lapis lagi dengan 4 senduk adunan serikaya dan esen vanilla.. Kukus sehingga adunan kek masak.
  13. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  14. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus.. Hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi halus dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  15. Untuk lapisan terakhir, masa mengukusnya hendaklah ditambah selama 30 minit supaya kek masak sekata secara keseluruhannya.
  16. Sejukkan dan simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum di potong.
  17. Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2  jam lamanya menggunakan api sederhana.




13 comments:

Yan said... Reply

Kek ni memang sedap dengan campuran cream cheese ,serikaya dan nescafe !

Kak Sam said... Reply

Tadi baru belek2 majalah aroma, tu le kaler macam sama je. Hehehe tak pe janji rasa dia lain. Teringin sangat nak melapis tapi takut.

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Yan

Alhamdulillah... hubby dan anak2 semuanya suka... :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Kak Sam

Heeheehee... tu la psal sam.. adeeh.. kehabisan pula warna purple n oren kat rumah nie.. :D

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Aduh sedap sungguh nampaknya kek ni.Kak ros memang jarang buat kek kukus.Boleh cuba ni.

DjDayang Jack said... Reply

diana oh diana..memukau sungguh kek lapis mu itew..akak br je terfikir nk buak kek lapis keju akak yg asik2 tertangguh dr thn lps..tutup kuar entri kek ni..huhu...sungguh mengancam sekali! i likeeee! meh la tukar ngn kuih akak ni. lbh kurang mcm kek jugaklah sekali pandang...heheh

Mas said... Reply

baru jerk tengok kuih lapis kak dayang..
kat sini pun cun melecun kek kukus lapisnya...
cantikkkkkk

Liza said... Reply

salam D...rajin sungguh D melapis yer, cantik pulak tu...

tun_telani said... Reply

kesiannya irfan... moga irfan cepat sihat ye..
cantik je lapisan kek lapis akak ni. rajin sungguh.

HaSue said... Reply

Assalamualaikum kak!
Semoga irfan cepat2 sembuh dan kembali ceria..

Dah lama x menayang kek lapis..kek akak ni nmpk sedap jek..meh setengah loyang kak

ibundo said... Reply

assalamualaikum adik diana cantik manis. Mestilah kue ni rasa sedap dan cantik macam orang yang membuatnya jugak..
err. mintak sepiring.

nOOrsha said... Reply

salam kak D..cantiknye kek lapis akak ni..tersusun je lapisannya tu...nanti klo ade kekuatan teringin nk wat kek lpis jugak :)

atie @ ejay said... Reply

waah...mesti best punya..
nampak very moist:)