Wednesday, June 13, 2012

~ Ice Cream Cone Cupcakes Permintaan Di Hari Jadi Irfan......

Sheery Dream Cakes | 2:29 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran bersama resipi Ice Cream Cone Cupcakes hari ini... Alhamdulillah... Dibuat khas untuk
 sambutan Harijadi Irfan yang ke 5 tahun.. Buat untuk orang yang terdekat jer pun.. Jemput adik beradik Diana dan beberapa orang jiran.. Resipinya mudah sahaja.. Diana buat ikut citarasa anak-anak.. Resipi ni boleh dibuat marble cake juga sebenarnya... Jom tengok resipinya...


ICE CREAM CONE CUPCAKES

Bahan-Bahan
  • Kon aiskrim secukupnya
  • Cawan kertas bersaiz kecil secukup kegunaan
  • 1 1/4 cawan mentega _ ( Diana guna unsalted butter )
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen pisang
  • 1 1/2 tbsp susu cair
  • 1/2 cawan kelapa parut kering
  • Pewarna perang, merah jambu, biru dan kuning ( atau mengikut pilihan anda sendiri )

Bahan-Bahan A ( Diayak Bersama )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 tsp baking powder
  • * 1/4 tsp garam _ ( tak perlu bubuh jika guna salted butter )


Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen pisang dan susu cair. Pukul rata.
  4. Setelah itu masukkan bahan-bahan A yang telah diayak tadi dan pukul sebati ( pukul sekejap sahaja sehingga tepung bergaul rata ).
  5. Ambil sedikit adunan kek ( dalam 5 - 6 senduk nasi ) dan campurkan kelapa parut kering serta pewarna perang ( nak guna coklat emulco pun boleh ). Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  6. Kemudian bahagikan baki adunan kek tadi kepada 3 bahagian. Bubuh pewarna berbeza pada setiap bahagian tersebut.
  7. Masukkan kon aiskrim ke dalam bekas yang sesuai untuk membolehkan ianya berdiri tegak ( Diana guna bekas aluminium dan buat beberapa lubang bersaiz kon aiskrim yang digunakan ).
  8. Sudukan adunan berwarna biru ke dalam kon aiskrim tadi. Diikuti adunan berwarna kuning dan seterusnya adunan berwarna merah jambu atau mengikut citarasa masing-masing ( hingga 3/4 penuh ). Ketepikan.
  9. Kemudian, sudukan pula adunan kelapa kering ke dalam cawan kertas kecil sehingga 3/4 penuh.
  10. Bakar kedua-duanya ( adunan di dalam kon aiskrim dan adunan kelapa parut kering ) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 - 25 minit atau sehingga kek masak ( bergantung kepada saiz kon aiskrim dan kepanasan suhu oven masing-masing ). 
  11. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
  12. Buat lubang di tengah-tengah ice cream cone cupcake dan isikan dengan cupcake frosting / filling  ( resipi rujuk di bawah ). Buat juga langkah ini untuk coconut cupcake.
  13. Cantumkan keduanya dan hias dengan cupcake frosting / filling ( resipi rujuk di bawah ).
  14. Hias mengikut citarasa masing-masing.


:: Untuk resipi krimnya ni Diana ikut resipi dari blog Our Best Bites.. Cuma ada sedikit olahan yang diana buat mengikut citarasasendiri.. Diana buat 2 kali adunan di bawah.. Terima kasih buat Our Best Bites kerana berkongsi resipi cupcake frosting / filling ni.. Izinkan Diana kongsikannya dki sini pula ya.. Terima kasih..



PERFECT CUPCAKE FROSTING AND FILLING

:: Resipi Oleh ~ Our Best Bites  ( TQ )
:: Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen dalam tulisan berwarna merah 


Ingredients 
  • 2 1/2 tbsp mascarpone cheese _ Diana tambah
  • Finely chopped white chocolate _ Diana tambah
  • 3 tablespoon flour
  • 1/2 cup milk ( whole milk is best, but I use non-fat when it’s all I have and it’s actually fine )
  • 1/2 cup real butter ( I prefer salted, but you can use also unsalted and add salt to taste ) _ Diana guna SCS butter
  • 1/2 cup sugar ( that’s granulated sugar, not powdered sugar )
  • 1 teaspoon vanilla extractor other flavor if you wish

Method
  1. Whisk together the flour and the milk. Heat in a small sauce pan on medium heat.
  2. Whisk continuously until it starts to thicken. Let it cook, while stirring with a rubber spatula, until you can start to see the bottom of the pan. Continue to cook until mixture has the consistency of thick pudding or paste.
  3. Put  mixture in the fridge and let it cool completely, it’s fine if it stays in there long enough to get chilly, you just don’t want it warm at all. As it’s cooling, feel free to stir it occasionally to speed up the process and keep it from forming a crust on top.
  4. It an electric stand mixer, beat the butter and the sugar for a minute or two until well combined and fluffy.
  5. Add mascarpone cheese and beat until smooth. 
  6. You’ll want to use the whisk attachment on a stand mixer if you have one, instead of the flat paddle. Then while beating, add in the thickened milk mixture and the vanilla. Beat to combine and then scrape down the sides. 
  7. Mixture will separate and look messy, keep beating!  Continue beating until mixture comes together and is light and fluffy, about 7 - 8 minutes, but time varies.  
  8. Take a sample of frosting between your fingers; frosting is done when light and fluffy and sugar granules are dissolved.
  9. Using a rubber spatula, gently fold in chopped white chocolate until thoroughly combined.

:: Note Dari Our Best Bites ~
  1. Use real butter, and a good name-brand. Cheap butter does weird things.
  2. If you beat for the 6 - 8 minutes and the mixture still looks strange, beat longer and at a higher speed if you can. It should come together, but it takes a little patience!
  3. This frosting is best eaten fresh. You can store for a few hours at room temperature, or try storing in the fridge overnight, letting it come to room temperature on its own, and then rebeating to fluff.
  4. Add extracts to your hearts content; lemon is wonderful! Food coloring is also okay.
  5. The white sugar can be exchanged for brown. Try 1/2 white 1/2 brown for a warm caramel flavor.
  6. Do not try to make other substitutions or additions. Sour cream, cream cheese, fruit purees can do disastrous things. Some people have had success, just experiment at your own risk ( hehehe.. your own risk tau.. Diana pula bubuh mascarpone cheese.. nasib baik jadi.. ).
  7. If trying to decide whether or not to double it- double it. Chances are you’ll want more. It’s a rather small batch.


Di Labuan sekarang nie cuaca memang tak elok.. Dah beberapa hari ribut melanda.. Kemarin angin kencang sehingga menerbangkan bumbung beberapa buah rumah jiran kat sini... Di tambah lagi hujan lebat.. Sejuk dapat dirasakan hingga menusuk ke tulang.. Keadaan cuaca macam nie memang merisaukan.. Lagi² kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan pantai.. Walaupun pantai tak kelihatan dari rumah Diana.. Namun jelas kedengaran bunyi ombak memukul pantai.. Begitu kuat sekali seolah² pantai berada di depan mata.. Memang tak lena tidur di buatnya.. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T... Amin..



30 comments:

Jay said... Reply

looks utterly delishh ...yumm
Tasty Appetite

cik yuyu said... Reply

sedapnyerr.. boleh try gak ni...:)

cik yuyu said... Reply

sedapnyerr.. boleh try gak ni...:)

Rohah said... Reply

tersenyum gembira irfan dapat ice cream cone tu ye...ni kalau cik Rohah yg dah emak2 ni dapat macam ni pun suka jugak..hehe
cantek kak Diana, kreatif...

dapurCikWan said... Reply

alahai model tu ;))cute jer...

Bicara Kak Noor said... Reply

rajinnya Diana buat cantik bangat ni,kalau akak dpt satu alahai sedapnya tapi nk buat sendiri macam bercinta jugak kurang yakin takut tk menjadi pulak..

nur easy said... Reply

speechless tgk kek comel ni ;)

tun_telani said... Reply

Salam kak diana cayang.. ala ala.. bam bam irfan ni comey smp aunty tun rasa mcm nk gigit.. hihi..
sama comel dgn cupcake ni ^^ happy belated bday irfan, moga jd anak yg soleh ye..

hazila said... Reply

Kreatif....

Ezadlieza said... Reply

wahhhhh... lama tak bertandang kat dapur diana nih... sempat jeling2 jer kat tingkap...kreatifnya diana.. mmg sesuai tul utk kanak2...
ishhh geramnya tgk irfan tu... rasa nak peluk2 jer..

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayangggg...waaahhh sangat mengujakan dan kretip betul la diaaaaaa....meletups dgn gambar yg menawan lgk....adeeehh..superb la Diana ni...muaaahhh! Mintak seketuiii... ^__^

FnF Simple Life said... Reply

hmmm...mmg cantik sangat sebijik macam ice cream...budak2 mesti suka

Mamasya said... Reply

Happy bday Irfan yg comeii!moga ceria dan sentiasa menyanangkan hati ibu.Irfan tak nak org ramai2 nyanyi ya....dah besar..malu ya....
kek ice cream Irfan tu menariklah... auntie nak tumpang mkn sama2 dg Irfan boleh...hi..hi..

Subhie Arun said... Reply

aduhai..lawanya...ice cream tu...creative habis...!!!

Subhie Arun said... Reply

aduhai..lawanya...ice cream tu...creative habis...!!!

Nuwairani Ismail said... Reply

hepi besday dear irfan! wah! bestnya jadi irfan. boleh request macam2 dengan mummy dia...

faa.rosli said... Reply

apy beday irfan...what a wonderful cake i've ever seen! gojesss

norlieharumaini said... Reply

tangkap leleh tengok..

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

Irfan SayanggGGgggggggggggggggggg hadoiiii comelnya diaa.. eeee geram!! gerammmnya.. kalau ada depan mata ni sure dah kena peluk ketat2 kiss pipi dia yang montel dan gebu tu.. hadoii cutenya!! serius geram sangat ni..

Happy Birthday Irfan dah pandai malu2 ya.. wahh ya lah dah jadi Birthday BOY!! moga sihat, ceria, dan jadi anak yang bijak bistari bahagia selamanya bersama keluarga tersayang juga!!

Mummy Diana kek kon ice cream tu sangat terbaik!! Good Idea!! i really2 like it! sejuta kali like! kreatiffff i like.... muahhzzz cayang dianan..:))

Irfan auntie nak mintak 1 boleh tak?? nak buat tak terbuat rasanya hehee.. okay cayang TATA!!

Tina Othman said... Reply

salam kak diana

cantiknya, suka sangat tina tgk

hihi nanti boleh lah copy resepi

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

Salam Diana cayang..

Sorry lmbt sampai.. Happy Belated Bday utk Irfan :)
Pandai mummy buatkan kek cone serupa mcm ice cream cone plak hehehe

ummiakid-lily said... Reply

cantek sgt² dan mmg menarik anak² makan. Idea serta perkongsian yang baik dan harus cuba ni...yummy!

SURIA AMANDA said... Reply

kalau suruh i buat confirm x menjadi...heheheh...i tangan bangku...

quinnie said... Reply

menariknya kak kek aiskrim ni..suka sebab dia bakar sekali....tak sangka bleh bakar...ingatkan kot hangus..hehehe...

happy belated b'day irfan..alahai dah jadik anak bujang ye...dan pandai malu2..hehehhe

IeRA said... Reply

Cantinya!!!!

Liza said... Reply

hepi belated besday Irfan, wahhh dah besar ye...hihhihi
seronok sgt dia dpt mkn kek eskrem tu ye, kalau auntie mintak sikit, blh? hihihihi

Yatie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
menariklah kek eskrem tu...akak nak jugak..nak jugak..he3..tentunya Irfan suka sangat permintaannya di penuhi..bertuah dia..

sweethOneY said... Reply

Cantiknyaaa tak sangka pulak dalam aiskrim tu ada kek. hehe kreatif lah akak ni..

Ikhwan Suhaimi said... Reply

Gile comel.. sayang nak makan.

ctukangkarut said... Reply

x terlintas plak mo buat kek dlm ice cream cone..dapat idea mo buat masa bday auffa nnt (^__^)v. tq kak diana! hehe