Tuesday, June 5, 2012

~ Pais Ayam Temasek...

Sheery Dream Cakes | 3:03 PM |


Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK yang dikasihi.. 

Moga semua urusan kita hari ni dipermudahkan olehNya.. Cuaca hari ni kat Labuan memang kurang elok.. Hujan lebat dan angin kencang pagi tadi.. Sekarang ni hujan dah berhenti namun masih lagi mendung.. Jadi kepada yang berhajat nak ke laut tu.. Pastikan ombak tak kuat ya.. Begitu juga yang memandu.. Walaupun hujan dah berhenti.. Jangan pandu laju-laju.. Jalan masih licin tu...


Kemarin Diana buat Pais Ayam Temasek ni.. Pais Ayam Temasek ni sememangnya sedaaaap... Memang berbaloi mencubanya.. Siapa tak cuba tu memang rugi... Diana masak 2 ekor.. Seekor Diana bakar dan seekor lagi Diana tak bakar.. Dua-dua pun sedap .. Cuma yang dibungkus dalam daun pisang dan dibakar tu memang harum.. :). Makan ketika ianya masih panas lagi... Seeedaaaappp!!! ^__^. Terima kasih kepada Akak Ayu kerana mengetengahkan resipi ni.. Terima kasih juga kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. 

Jom tengok resipinya...


:: Resipi Oleh ~ Puan Aini Salim  (TQ )


PAIS AYAM TEMASEK


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam _ dibelah dua dan dibersihkan _ ( Diana buang kulitnya dan potong kecil )
  • 1 helai daun kunyit _ dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut _ disiat
  • 2 cawan santan ( 1 biji kelapa )
  • 2 camca besar gula melaka atau secukup rasa
  • 1 camca besar pes asam jawa + 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Perasa _ ( Diana gantikan dengan Perencah pati ayam Tumix )
  • Daun pisang secukupnya 


Bahan-Bahan Kisar ( Diana kisar guna Food Processor )
  • 15 tangkai cili kering _ ( Diana bubuh 13 tangkai cili kering )
  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 8 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari _ ( Diana tambah )
  • 1 batang serai _ ( Diana bubuh 2 batang serai )
  • Cili padi _ ( pilihan )
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. 
  2. Masukkan daun limau purut, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Tambah garam dan perasa / perencah pati ayam secukupnya, masak hingga pekat dan hampir kering. 
  4. Sediakan daun pisang, letak ayam tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit. 
  5. Bungkus dan semat dengan lidi.
  6. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190°C.
  7. Hidangkan panas bersama nasi. 

Diana letak catatan Mat Gebu kat sini ya.. 

:: CATATAN MAT GEBU ~  Mat buat 4 bungkusan dan setiap satu berisi dengan 2 ketul ayam. Daun pisang mat layur sekejap atas api, untuk mengelakkan ia pecah ketika membungkus pais ayam tadi. Selamat mencuba!!...







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...