Saturday, November 10, 2012

~ Daging Goreng Cili Kering...

Sheery Dream Cakes | 6:33 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga hari ini kehidupan kita lebih baik dari hari yang sebelumnya... Moga kita sentiasa di bawah lindunganNya.. Aamiin.. Tak nak banyak membebel hari ini.. Cuma nak kongsikan resipi Daging Goreng Cili Kering yang Diana masak tengahari tadi.. Jom semak resipinya...



DAGING GORENG CILI KERING


Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang ( guna bahagian daging yang lembut ) _ dihiris nipis
  • 1 biji tomato _ buang bijinya dan potong dadu kecil
  • 1 1/2 tbsp kicap ABC sos manis
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-Bahan A ( Kisar Menggunakan Food Processor )
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • Belacan sebesar ibu jari

Bahan-Bahan B ( Bahan Perap )
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 /2 tbsp gula
  • 1 biji telur
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp perencah pati ayam 
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam

Cara-Cara
  1. Campurkan daging bersama bahan B dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bahan A dengan sedikit minyak hingga wangi.
  4. Masukkan gula melaka dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan kicap, gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Setelah itu bolehlah dimasukkan daging goreng dan gaul. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan masukkan tomato yang dipotong dadu.
  8. Gaul dan hidang bersama nasi putih panas.


8 comments:

Cendana Kasih said... Reply

amboi...sedapnyer..tergoda tgk telur rebus pecah tu..hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam DSiana,makan dgn nasi panas ..sedap ni kan???

Mas Sani said... Reply

masakkan akk byk guna kicap manis ABC kan..sedap ye kicap tu? igt nk try juga la :)
apa2 pun lauk akk sgt2 menyelerakan n telor tu..sedapnya kuning dia cair tp putih dia cntik je bentuknya...mcm mana akk buat?

faa.rosli said... Reply

sedap je nampak ngan telor separuh masak tu..kalo makan buat bekpes pon sdap ni..

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Cendana Kasih

hehehe... sedap kan akak makan telur rebus mcm tu.. :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

a'aa akak... makan ngan nasi panas best

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Mas Sani

akak suka guna kicap tu.. sbb ianya manis2 n pekat gitu.. n telur rebus tu biasanya akak akan didihkan terlebih dahulu air dan kecilkan api terus masukkan telur. besarkan api semula dan rebus selama 3 minit

Sheery Dream Cakes said... Reply

@faa.rosli

tu ler kan.. buat bfst pun best :)