Monday, March 18, 2013

~ Ayam Sos Tiram...

Sheery Dream Cakes | 2:31 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Menu ini memang kegemaran daughter sejak kecil hinggalah sekarang.. Sudah 19 tahun pun dia.. Namun menu ini tetap menjadi pilihan dia.. :) Jom tengok resipi kegemaran daughter ini… 


AYAM SOS TIRAM  


Bahan-Bahan
  • 360 gm isi ayam _ Diana guna peha ayam ( buang kulit serta tulangnya dan dipotong kecil )
  • 1 biji capsicum hijau _ di buang bijinya dan dipotong dadu
  • 5 tangkai cili kering _ dipotong 2
  • 1 biji lobak merah _ dipotong bentuk bunga
  • 4 keping cendawan shitake kering _ rendam di dalam air panas dan potong 4
  • 6 biji cendawan butang _ dibelah 2
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu
  • 1/2 inci halia _ dihiris 
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • Sedikit gajus goreng
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A
  • 1 tsp kicap karamel pekat klasik Loon Kee 
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • Gula jika perlu

Bahan-Bahan B 
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 biji putih telur
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • Sedikit gula
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Masukkan isi ayam dan cendawan shitake kering ke dalam mangkuk. Campurkan  bahan-bahan B dan gaul rata. Perap selama 30 minit.
  2. Tumis bawang putih bersama halia dengan sedikit minyak hingga naik aromanya.
  3. Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi.
  4. Masukkan ayam dan cendawan shitake kering. Gaul dan biarkan seketika.
  5. Setelah ayam kelihatan hampir masak, bolahlah masukkan cendawan butang, lobak merah dan bahan-bahan A. Gaul dan sesuaikan rasa.
  6. Apabila ayam empuk, masukkan capsicum hijau dan bawang besar. Gaul dan masak seketika.
  7. Akhir sekali masukkan biji gajus goreng dan gaul rata.
  8. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...