Friday, January 3, 2014

~ Entri SBK 2 :: Chocolate Cake With Cream Cheese Frosting And Coconut Milk Ganache...

Sheery Dream Cakes | 5:05 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Buat masa ini Diana akan update semua entri yang ada di SBK2 di sini ya.. Diana mulakan dari bulan August dulu.. Dulu pernah Diana letak di SBK entri  ini.. cuma Diana letak 1 entri 2 resipi.. Agak sukar untuk tengok sebab ada yang terlepas pandang resipi kedua tu katanya.. Jadi lebih baik Diana asingkan saja kan.. Baiklah.. jom semak sekali lagi resipi ini..
















~  Chocolate Cake With Cream Cheese Frosting And Coconut Milk Ganache...


~ Entri asal dibuat pada : August 27, 2013...


:: Resipi Kek Coklat Oleh ~ Sweetapolita ( TQ )
:: Terjemahan oleh Sky Blue's Kitchen
:: Diana guna loyang  empat persegi bersaiz 9.5 inch

CHOCOLATE CAKE

Bahan-Bahan
  • 3/4 cawan ( 170 gm ) unsalted butter, suhu bilik
  • 2 cawan ( 400 gm ) gula perang _ ( Diana bubuh 380 gm )
  • 2 tsp (10 ml ) pure vanilla extract _ ( Diana guna esen vanilla )
  • 3 biji telur _ pada suhu bilik
  • 1 3/4 cawan ( 220 gm ) tepung serba guna
  • 3/4 cawan ( 65 gm ) serbuk koko
  • 1 1/4 tsp ( 7 gm ) baking soda
  • 1 tsp ( 5 gm ) baking powder
  • 1 tsp ( 10 gm ) garam
  • 1 1/2 cawan ( 360 ml ) buttermilk, pada suhu bilik_ ( Homemade : 1 cawan susu + 1 tbsp cuka putih / jus lemon. Rehatkan selama 20 minit.  ) ** Untuk kek ini Diana buat : 1 1/2 cawan susu + 2 tbsp cuka putih.
  • 1/4 cawan ( 59 ml ) mayonis


Cara-Cara

  1. Lenser loyang dengan sedikit mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. Alas dengan kertas minyak. Ketepikan. Panaskan oven pada suhu 180°C. 
  2. Ayak tepung,serbuk koko, baking soda dan baking powder. Masukkan garam dan gaul rata. Ketepikan. 
  3. Pukul mentega, gula perang dan esen vanilla pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan kembang dan berwarna keputihan.
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang. 
  5. Masukkan 1/3 daripada bahan kering ( campuran tepung, baking soda, baking powder dan garam ) ke dalam adunan dan pukul rata.
  6. Masukkan 1/2 daripada buttermilk dan pukul lagi. Buat begini sehingga bahan kering dan buttermilk habis. Pastikan bermula dan berakhir dengan mencampurkan bahan kering. 
  7. Masukkan mayonis dan kaup balik hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan adunan kek dengan pisau.
  9. Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak ( pastikan jangan over-bake ).
  10. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek selama 20 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum diletakkan frosting.

CREAM CHEESE FROSTING
:: Diana gandakan adunan di bawah ini.. Boleh gandakan adunan mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-Bahan
250 gm cream cheese _ pada suhu bilik
85 gm unsalted butter, dipotong dadu kecil _ pada suhu bilik
1 cawan gula aising atau mengikut citarasa masing-masing ( boleh dikurangkan atau ditambah )
1/2 tsp esen vanilla
Sedikit lemon paste ( secukup rasa )


  • Cara-Cara

  1. Pukul cream cheese dan mentega sehingga sebati dan creamy.
  2. Masukkan gula aising dan pukul sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan lemon paste. Pukul sebati.
  4. Tuangkan di atas kek coklat yang telah disejukkan tadi. Ratakan dan ketepikan.

GANACHE

:: Sumber Dari ~ Poires au Chocolat ( TQ )
( Cake recipe adapted from this recipe on the little red house. blog )
:: Nak tengok versi lepas dari SBK boleh klik  DI SINI 

Bahan-Bahan
  • 125 ml santan
  • 125 gm dark chocolate 

Cara
  1. Potong coklat menjadi kepingan kecil. Ketepikan.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Setelah santan mendidih, matikan api dan masukkan coklat. Biarkan 1 minit. Gaul sehingga sebati.
  3. Sejukkan ganache selama 10 minit atau sehingga ganache sejuk sebelum di tuang di atas kek coklat bersama cream cheese frosting tadi.
  4. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong.



0 comments: