Sunday, January 12, 2014

~ Entri SBK 2 :: Daging Bercili Rangup...

Sheery Dream Cakes | 11:30 AM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lagi entri dari SBK 2 yang sudah Diana tutup tu.. Hehehe... Walaupun dah tutup blog tu, tetapi semua ada antara entrinya Diana telah dan akan letak juga di sini ya. Untuk hari ini, giliran resipi Daging Bercili Rangup pula ya.. Resipinya boleh semak di bawah..

~ Entri asal dibuat pada : December 9, 2013...  



DAGING BERCILI RANGUP

Bahan-Bahan 
  • 500 gm daging batang pinang _ dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing
  • 10 - 20 tangkai cili kering _ dipotong 2 atau 3 inci panjang ( boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa masing-masing )
  • 1 biji capsicum hijau _ dipotong dadu 
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kasar
  • 2 tsp halia parut
  • 4 ulas bawang putih _ diparut
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Minyak secukupnya

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 biji telur
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan A ( digaul rata )
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Sedikit lada berperisa Aji Shio
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 6 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp sos plum asam manis Loon Kee
  • 4 tsp cuka
  • Sedikit air


Cara-Cara
  1. Daging diketuk sedikit dengan menggunakan belakang pisau ( ketuk manja sahaja ya ).
  2. Kemudian campurkan daging bersama bahan-bahan perap dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan capsicum dan goreng selama 20 saat. Angkat dan ketepikan. Buat cara yang sama juga untuk bawang besar.
  4. Saluti daging dengan tepung ( bahan-bahan A ), kemudian goreng daging hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  5. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili kering hingga berubah warna.
  6. Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Setelah terbit aromanya bolehlah dimasukkan bahan-bahan sos dan biarkan ianya mendidih seketika.
  7. Sesuaikan rasa dan masukkan daging goreng, bawang besar dan capsicum hijau. Gaul rata dan tutupkan api.
  8. Taburkan biji bijan panggang di atas daging ketika menghidang.
  9. Hidang bersama nasi putih panas.





0 comments: