Friday, January 3, 2014

~ Entri SBK 2 :: Mango & Sunquick Cheese Trifle...

Sheery Dream Cakes | 5:29 PM | | | |

~ Entri asal dibuat pada : November 5, 2013...


:: Olahan Oleh ~ skybluemelleymey


MANGO & SUNQUICK CHEESE TRIFLE 

Bahan-Bahan
  • 1 biji sponge cake _ potong kek mengikut saiz bekas yang hendak digunakan 
  • Mangga yang masak  secukupnya ( dihiris atau dipotong dadu ) _ pastikan ianya manis
  • Chocolate chip cookies Famous amos secukupnya _ ditumbuk

Bahan-Bahan Untuk Mango Filling
  • 2 biji mangga yang masak ( pastikan ianya manis ) _ dipotong kecil 
  • 340 gm Nestle cream

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
  2. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.


Bahan-Bahan Untuk Cream Cheese
  • 250 gm cream cheese
  • 170 gm Nestle cream
  • 220 gm Non-dairy whipping cream
  • 50 gm gula aising
  • 1 tbsp Sunquick ( Tropical )

Cara-Cara

  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan Sunquick Tropical. Pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. 

Cara-Cara Melapis Kek
  1. Ambil sekeping kek dan letakkan ke dalam bekas.
  2. Kemudian tuang mango filling di atas kek dan ratakan.
  3. Susunkan hirisan / potongan mangga di atasnya. ( Jika suka boleh ditaburkan sedikit chocolate chip cookies yang telah ditumbuk ).
  4. Seterusnya picitkan adunan cream cheese di atasnya.
  5. Susun hirisan / potongan mangga dan taburkan sedikit chocolate chip cookies.
  6. Simpan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

** NOTEJika tidak ingin bubuh mango filling pun boleh. Cuma ianya memerlukan 2 keping kecil sponge cake.


::  Versi mangga yang dipotong dadu bersama mango filling  ::
::  Versi mangga yang dipotong dadu dan tanpa mango filling  ::
::  Versi mangga yang dihiris bersama mango filling  ::


3 comments:

MamaFaMi said... Reply

Ya ampunnnnnnn.. asal tengok gambar-gambar ni, mama telan air liur. Ada tujuh keping gambar, maknanya mama telan air liur tak kurang dari 7 kali. Lebih kali tu mungkin! Hahaha... Kesiannya mama kan...

Kak Nita said... Reply

sedappppnya...nak sebekas boleh???..hehehe

NinaAz said... Reply

sedapnyyaaa. nak makan tp malas nk buat. huhu