Monday, January 20, 2014

~ Resipi Ayam Panggang Madu...

Sheery Dream Cakes | 8:49 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang.... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Ayam Panggang Madu yang sangat mudah untuk disediakan... Ianya sedap dimakan bersama nasi putih panas atau nikmatinya bersama mee kegemaran anda. Ok lah.. Apa kata kita tengok resipinya...

AYAM PANGGANG MADU

Bahan-Bahan
  • 3 keping paha ayam _ buangkan tulangnya
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Air secukup kegunaan

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 tbsp Oriental BBQ Sauce Life
  • 1 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp jus halia
  • 1 tbsp madu
  • Sedikit gula jika suka

Bahan-Bahan Lain
  • Sedikit madu + sedikit air


Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap dan perap selama 30 minit atau lebih.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan tambahkan air sehingga paras ayam. 
  3. Rebus ayam sehingga ayam empuk dan kuahnya kering. Tutupkan api. 
  4. Kemudian keluarkan ayam dari periuk dan susun ayam tadi di atas rak besi pemanggang. 
  5. Sapukan ayam dengan campuran madu dan air. Taburkan biji bijan di atas ayam. Ketepikan. 
  6. Panaskan oven pada suhu 200°C  dan masukkan ayam ke dalam oven. Bakar sehingga ayam keperangan.
  7. Setelah ayam masak, keluarkan dari oven dan potong ayam mengikut citarasa masing-masing.
  8. Hidang.




9 comments:

NinaAz said... Reply

suka masuk belog ni.. gmbr2 seme cantik2!!

cheq da said... Reply

Kak diana kicap dan lada boleh gantikan dengan jenama lain ker?teringin nk mencubanya

Abak Lorong Cinta said... Reply

sedapnya!!

Diana @ Melley Mey said... Reply

@NinaAz

Terima kasih sudi singgah NinaAz :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@cheq da

Boleh guna jenama lain cheq da... Tiada masalah.. ;)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Abak Lorong Cinta

^_^

Gee® said... Reply

Ahai... sangat menggoda!! yummy nyaaa....

umi's cup cake said... Reply

Semuanya menarik kak...dari gambar, props dan resepinya...nampak menyelerakan...salah satu pasti cuba ni...

Muhammad Taufiq said... Reply

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com