Friday, January 17, 2014

~ Resipi Kek Batik Nutella Cream Crackers...

Sheery Dream Cakes | 8:49 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga hari ini semuanya sihat sejahtera hendaknya.. Baiklah.. Entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Kek Batik Nutella Cream Crackers.. Tidak banyak bezanya dari resipi-resipi kek batik yang lepas sebenarnya.. Cuma kali ini Diana bubuh nutella dan cerelac... 

Ok lah.. jom kita semak resipinya pula...


KEK BATIK NUTELLA CREAM CRACKERS  


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan gula kastor _ boleh dikurangkan
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan Nestle cerelac ( gandum & madu )
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 6 tbsp nutella 
  • Nutella secukupnya untuk melapis kek
  • Cream Crackers Hup Seng secukupnya 

Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian  masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan cerelac. Pukul adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan 6 tbsp nutella dan pukul sebati.
  6. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat. ( Boleh tengok  DI SINI cara memasaknya ).
  7. Tutupkan api dan ketepikan.
  8. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  9. Kemudian susun cream crackers di atasnya. Sapukan nutella di seluruh cream crackers dan lapis lagi dengan sedikit adunan kek. Ratakan.
  10. Ulang langkah no.9 sehingga adunan habis.
  11. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.

::  Sapukan nutella  sebelum melapis adunan kek  ::




5 comments:

NinaAz said... Reply

Sedapnyaaaaaaa.... lagi2 letak nutella... menjilat jari nih

Bicara Kak Noor said... Reply

salam Diana, nampak sngt sedap belum lagi dpt rasa kalau dpt mmg tak cukup sepotong mesti kena buat jugak ni..

Diana @ Melley Mey said... Reply

@NinaAz

Hehee.... Siapa suka nutella InsyaAllah suka.. ;)

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Bicara Kak Noor

Salam kak noor...
Terima kasih akak.. InsyaAllah... Moga ngam ngan slelera akak sekeluarga.. :)

anajingga said... Reply

wah menyelerakan..ana bab nak layer2 tu yg payah sikit..perlukan ketekunan ni..tq berkongsi ilmu diana..