Friday, February 21, 2014

~ Acar Telur Puyuh...

Sheery Dream Cakes | 8:54 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Moga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya ya... Baiklah.. Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Acar Telur Puyuh yang memang sedap... Resipi ini Diana jumpa di blog Che Mat Gebu... Terima kasih Che Mat.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya... 


:: Sumber ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan   ( TQ )



ACAR TELUR PUYUH

Bahan-Bahan 
  • 35 biji telur burung puyuh ( resipi asal guna telur ayam )
  • 2 bawang putih, hiris
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 camca besar jintan manis* ( * ditumbuk halus )
  • 1 biji bawang besar, belah 8
  • 1/2 camca besar cuka
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 camca besar kicap
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan cili kering kisar _ ( Diana tambah )

Cara -Cara 
  1. Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cuka, kicap, gula ( lebih sikit ) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan.




4 comments:

Bbwana adienia said... Reply

salam kak..

nampak sedap acar tu..

Gee® said... Reply

Sedapnya makan dgn nasi lemak ni...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Reply

Sedapnya akak tengok tayangan acar ni Diana... Betul kata Gee tu.. sedap dilayan dengan nasi lemak ni :)

Umie Jazz said... Reply

Assalamualaikum diana blum pernah cuba teruja pulak nk cuba...