Monday, July 21, 2014

~ Resipi Kacang Gajus Rugget...

Sheery Dream Cakes | 8:56 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Bersua kembali di entri kali ini.. Resipi asal menggunakan kacang tanah tetapi Diana gantikan dengan kacang gajus. Alhamdulillah sedap.. Jom semak resipinya... 


KACANG RUGGET  


 Bahan-Bahan
  • 500gm kacang tanah _ ( Diana gantikan dengan kacang gajus )
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
  • 1 cawan air
  • 2 biji cili merah / cili kering
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa 

Cara-Cara
  1. Mula-mula bersihkan kacang , cuci dan toskan airnya hingga kering.
  2. Lepas itu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili . Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi.
  4. Gaul semua bahan hingga rata.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna.
  6. Lepas itu kita masukkan kacang tanah yang sudah dicuci dan ditoskan tadi. Gaul rata.
  7. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak.
  8. Kacau senantiasa supaya kacang tidak melekat-lekat dan tidak hangus.
  9. Bila kacang sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
  10. Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.


** NOTE ~  Pastikan anda menggunakan api sederhana supaya kacang yang digoreng itu masak dengan sempurna. 





4 comments:

Sue Bee said... Reply

mesti lemak berkrim lebih lagi guna kacang gajus..yummy

cahayahidupku.blogspot.my said... Reply

Tengok macam sedap jer Diana.. nak juga mencuba.. tapi bila lah akak ni nak rajin macam diana hohihi :)

Mummy Dina said... Reply

kreatifnye..slalu yg biasa saya makan kacang tanah je..ni tukar gajus mesti lagi sedapkan..:)

mai has said... Reply

owh bole buat sendiri rupanya...selalu fikir nak beli jer.lepas ni bole la saya try.:-)