Saturday, September 6, 2014

~ Resipi Kari Ayam Berkerisik...

Sheery Dream Cakes | 11:05 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Moga hari ini lebih baik dari semalam.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau anugerahkan ini... Masih berpeluang hidup sehari lagi dan moga diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang... Amin...


Baiklah.. hari ini Diana ingin kongsikan satu resipi yang sedap dari Dapur Tanpa Sempadan .. Memang sedap dimakan bersama nasi panas... Ya Allah, Syukur di atas nikmatMu... Jutaan terima kasih kepada tuan empunya blog DTS.. Siapa lagi kalau bukan Adnan Ibrahim @ Che Mat Gebu kan.... Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi begitu banyak resipi yang sedap-sedap.. Pelbagai resipi menarik dapat dirujuk di DTS... Terima kasih sekali lagi Che Mat... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya Che Mat...


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

KARI AYAM BERKERISIK 

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam kampung ( berat kurang lebih 1 kg ) _ Diana tidak guna ayam kampung
  • 4 - 5 biji kentang saiz sederhana
  • 1 1/2 camca besar kerisik
  • 5 camca besar rempah kari daging ( Baba's )
  • 2 camca besar cili kisar ( kalau suka pedas, boleh tambah )
  • 1.2 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air panas secukupnya

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan-Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga


Cara-Cara
  1. Ayam dipotong ikut suka, dibersihkan. Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis, perap 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata2 hingga menjadi pes ( tambah sedikit air jika perlu ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang santan cair, kacau dan masak denga api sederhana hingga mendidih dan ayam empuk ( kalau kuah kering, tapi ayam belom empuk, tambah air panas secukupnya ). Masukkan kentang ( toskan ) dan asam gelugor. Terus memasak hingga kentang empuk.
  4. Tuang pati santan, masukkan kerisik dan kacau rata2. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api perlahan dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat, pulut kuning, roti atau lempeng.




0 comments: