Thursday, March 12, 2015

~ Resipi Cream Cracker Chocolate Layered Cheesecake | Tiramisu Cheesekut...

Sheery Dream Cakes | 4:20 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek coklat jika digabungkan bersama cream cheese dan chocolate ganache, sememangnya satu gabungan yang sesuai. Kali ini Diana ingin kongsikan resipi kek coklat yang digabungkan bersama biskut cream cracker dan dilapis pula dengan cream cheese frosting berserta curahan chocolate ganache. Alhamdulillah seisi keluarga suka makan kek ini.

Baiklah, apa kata kita semak bahan-bahan dan cara menyediakan kek ini.

:: Olahan : skybluemelleymey

CREAM CRACKER CHOCOLATE LAYERED CHEESECAKE

Bahan-Bahan
  • Kek coklat _ Resipi Kek Coklat klik DI SINI
  • Cream cheese frosting secukup kegunaan _ Resipinya boleh rujuk di bawah 
  • Chocolate ganache _ Resipinya rujuk DI SINI ( untuk kali ni Diana bubuh sedikit garam di dalam resipi ni )
  • Cream crackers Hup Seng secukup kegunaan
  • Susu segar suam secukupnya

Cara Melapis
  1. Sediakan bekas / loyang yang dialaskan dengan plastik / baking paper.
  2. Letakkan kek coklat di dalamnya.
  3. Kemudian sapukan atau paipkan adunan cream cheese di atas kek coklat tadi.
  4. Celup cream crackers ke dalam susu segar suam ( celup sekejap sahaja, jangan sampai lembik ) dan susun di atas kek coklat.
  5. Sapukan atau paipkan adunan cream cheese sekali lagi di atasnya.
  6. Curahkan chocolate ganache di atasnya.
  7. Kemudian sapukan atau paipkan adunan cream cheese di atasnya.
  8. Setelah itu celup cream crackers ke dalam susu segar suam ( celup sekejap sahaja,jangan sampai lembik ) dan susun di atasnya.
  9.  Ulang langkah ini sehingga habis.
  10. Akhiri dengan lapisan chocolate ganache.
  11. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum di potong.
** NOTE :~
Jika anda ingin membuat Tiramisu Cheesekut, anda boleh gantikan susu segar suam dengan air nescafe suam ya.

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-Bahan
  • 500 gm cream cheese 
  • 88 gm gm unsalted butter 
  • 1 tin ( 500 gm ) susu pekat manis

Cara-Cara
  • Pukul cream cheese bersama unsalted butter sehingga rata. 
  • Kemudian masukkan susu pekat manis dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati.
  • Sedia untuk digunakan.

Resipi asal Diana ikut dari blog Nina Mirza sebenarnya. Nama dessert ni Tiramisu Cheesekut. Untuk resipi asal Diana salin resipinya di bawah ya. Terima kasih buat Nina dan izinkan akak kongsikannya di sini ya.

CHEESEKUT TIRAMISU style NINA
Resipi Oleh Nina Mirza 

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus atau lebih biskut lemak. Apa jenama pun tak kisah 
  • 250gm cheese cream ( Philadelpia/Tartura )
  • ½ tin susu pekat manis
  • ½ paket oreo hancur – beli kat bakery
  • Chocolate cream atau nutella secukupnya
  • Choc moist cake untuk base – kalau tak der just abaikan aje
  • Serbuk coklat untuk hiasan

Cara Penyediannya
  1. Mula-mula sediakan cream cheese. Masukkan cream cheese dalam mixer bowl dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan sikit susu pekat manis dan pukul lagi hingga kembang dan sebati rata. Ketepikan. 
  2. Ok sekarang dah siap cream cheese. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik – nanti senang nak keluarkan.
  3. Sediakan air nescafe suam. 
  4. Ok dah siap, Kita mulakan proses melapis. Choc moist cake dipotong dan susun dalam bekas plastik tadi sebagai base. Kalau tak der, abaikan saje step ini.
  5. Lepas tu, ambil sekeping biskut dan celup dalam air nescafe tadi terus kat atas choc moist cake tadi...( Celup 1 saat saja )
  6. Selepas dah susun, sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan.
  7. Kemudian taburkan rata-rata oreo hancur kat atas lapisan cheese tadi. Letak banyak-banyak lagi sedap!
  8. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Kali ni Nina sapukan lapisan dengan cream chocolate pula. Kalau tak der boleh digantikan dengan nutella pun ok. Dan kalau tak der nutella, abaikan aje. Ulang proses melapis hingga habis dan biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Last sekali Nina taburkan rata serbuk coklat sebagai penutup. Nak senang dan cantik guna penapis. Ayak serbuk coklat kat atas tu.
  11. Tekan-tekan sikit permukaan tu. Simpan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.

::  Letak dalam bekas macam ni lebih senang nak makan  ::

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, March 10, 2015

~ Victoria Sandwich Cake...

Sheery Dream Cakes | 1:11 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum da Salam Sejahtera...

Victoria Sandwich cake merupakan kek yang sangat mudah hendak disediakan dan kek ini sedap di tekak kami. Gabungan sempurna Vanilla Cheese Cream bersama Strawberry filling ini membuatkan setiap gigitan kek ini sangat sedap. 

Resipi untuk Victoria Sandwich Cake ini Diana ikut dari blog Akak Azlita Masam Manis. Terima kasih buat Akak Ita dan kepada pemilik asal resipi ini juga kepada semua yang mengetengahkan resipi ini ya. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini. 


:: Sumber Dari ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )

VICTORIA SANDWICH CAKE

CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE
By : Evelyn / Athen
Source : Food.com
Adapted from : Cooking With Rosie


Bahan-Bahan
  • 250 gm strawberries ~ buang tampoknya dan cuci bersih
  • 70 gm gula
  • 40 ml jus lemon
  • 12 gm butter tanpa garam

Cara-Cara
  1. Dalam periuk kecil, masukkan strawberries dan panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.
  2. Dengan menggunakan alat melenyek kentang ( potato masher) lenyek-lenyekan tapi jangan sampai lumat.
  3. Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit
  4. Tambahkan butter dan masak semula sambil di kacau hingga adunan sedikit pekat.
  5. Matikan api dan buang buih-buih di atasnya
  6. Masukkan dalam botol kaca yang tahan panas dan telah direbus untuk menyah bakteria
  7. Tutup rapat dan rebus kan semula dalam air mendidih selama 15 minit ( botol tenggelam)
  8. Keluarkan dari tempat rebusan
  9. Sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Bahan-Bahan Kek
  • 220 gm tepung kek
  • 30 gm tepung jagung
  • Secubit garam
Bahan-bahan di atas perlu di ayak sebanyak 3 kali
  • 250 gm gula castor
  • 250 gm butter tanpa garam
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji telur

Cara-Cara
  1. Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
  2. Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan.
  4. Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata.
  5. Tambahkan tepung yang telah di ayak.
  6. Kaup balik dengan spatula hingga rata.
  7. Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
  8. Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
  9. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
  10. Bakar kek selama 25 - 30 minit.
  11. Jangan terlebih masa nanti ia keras. 

Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Vanilla Cheese Krim
Resepi Oleh :  Rima


Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream ~ ita guna non Dairy Whipping Cream
  • 56 gm cream cheese
  • 2 sudu besar lemon paste

Cara-Cara
  1. Putarkan cream cheese dan lemon paste hingga lembut.
  2. Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental.
  3. Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata. Masukkan dalam piping bag.
  4. Kek yang dah sejuk kita potong bahagian atasnya yang keras.
  5. Letakkan satu keping kek atas lapik kek. Paipkan cream di atasnya.
  6. Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
  7. Tutup dengan satu keping kek lagi. Ulang proses yang sama.
  8. Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar.
  9. Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>