Thursday, October 22, 2015

~ Resipi Mee Kari...

Sheery Dream Cakes | 2:13 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran bersama Mee Kari resipi dari blog Akak Azlita.. Memang berbaloi mencubanya.. Sedap!! Thumbs up! Secara peribadi resipi ini memang tip top.. Terima kasih buat Akak Ita kerana sudi berkongsi resipi Mee Kari ini. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak..


:: Resipi Oleh ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )

MEE KARI
  
Bahan Stock

  • 1/2 kg udang basah


Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya.


Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus. 



Lepas tu kita tapis.




Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.

ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.


Bahan A

  • 1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
  • 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
  • 4 sudu besar rempah kari Baba's _ ( Diana lebihkan sedikit )
  • 1/2 kg daging batang pinang _ Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
  • Udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
  • Fish ball ~ ikut suka
  • 1 cawan kerang _ ( Diana tak letak )
  • 8 keping tahu pong ~ di belah 2
  • 3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
  • Air secukupnya
  • Diana tambah ayam dan kentang 


Bahan Untuk Menumis 
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 3 tangkai daun kari di raut
  • 2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
  • 1 inc lengkuas
  • 2 inc halia
  • 3 biji buah keras

Bahan Perasa
  • 1 buku gula Melaka
  • 3 keping asam keping
  • 300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
  • 1 kiub daging
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Boleh juga tambah maggi secukup rasa 

Bahan-bahan yang di makan bersama 
  • 1 ikat sawi ~ potong dan celur
  • 1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
  • 3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Telur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnya
  • limau kasturi
  • bawang goreng
  • Lada merah sebagai hiasan
  • Jeruk lada untuk di makan bersama
  • Mee kuning secukupnya 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumis, daun kari dan serai hingga harum.
  2. Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai dan buah keras ).
  3. Masukkan cili kering kisar dan udang kering kisar. Kacau dan tumis hingga naik aromanya.
  4. Kemudian masukkan rempah kari Baba's. Kacau dan masak hingga terbit minyak ( hingga semua bahan betul-betul masak dan garing ).
  5. Masukkan stock udang. Kacau dan renihkan hingga terbit minyak.
  6. Masukkan daging batang pinang dan tambahkan air ( Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga daging empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air ). Biarkan kuah mendidih dan daging empuk.
  7. Masukkan gula Melaka, asam keping, kiub daging dan kiub ikan bilis.
  8. Masukkan santan dan biarkan kuah merenih sebentar. 
  9. Masukkan udang basah, kerang, fish ball dan biarkan ia masak sebentar.
  10. Perasakan dengan garam. tambahkan gula, Maggi secukup rasa serta masukkan kentang goreng yang telah dikisar dan kacau rata ( Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak akan membuatkan kuah manis dan enak )
  11. Akhir sekali masukkan tauhu pong. Kacau dan biarkan ia mesra.
  12. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.




0 comments: