Friday, October 9, 2015

~ Resipi Pais Ikan...

Sheery Dream Cakes | 9:49 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran bersama resipi Pais Ikan.. Resipi olahan dari resipi Pais Ayam Temasik.. Teringin hendak mencuba ikan pula.. Alhamdulillah sedap..

Kepada tuan empunya resipi Pais Ayam Temasek .. Izinkan dan halalkan Diana olah resipi ini ya.. Terima kasih..

Jom tengok resipi Pais Ikan ini..


:: Olahan dari resipi ~ Pais Ayam temasek 
:: Resipi Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen 

PAIS IKAN
  
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan bersaiz besar _ dibersihkan 
  • 1 helai daun kunyit _ dihiris halus
  • 2 helai daun kunyit _ disiat
  • 2 helai daun limau purut _ disiat
  • 150 ml santan dalam kotak
  • Cili merah _ dihiris
  • Serbuk cili
  • Gula melaka secukup rasa
  • Pes asam jawa + sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Perencah pati ayam Tumix
  • Daun pisang secukup kegunaan

Bahan-Bahan Kisar ( Diana kisar guna Food Processor )
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 8 biji buah keras 
  • 40 gm halia
  • 40 gm lengkuas
  • 25 gm kunyit hidup 
  • 4 batang serai
  • Cili padi
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-Cara
  1. Ambil sedikit bahan kisar dan lumurkan pada seluruh ikan. Perap. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama serbuk cili hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. 
  3. Masukkan daun limau purut, daun kunyit yang di siat, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap. Tambah garam dan perasa / perencah pati ayam secukupnya.
  4. Masukkan ikan dan gaul rata. Masak hingga pekat dan hampir kering. 
  5. Sediakan daun pisang, letak ikan tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit serta hirisan cili merah. 
  6. Bungkus dan semat dengan lidi.
  7. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190°C.
  8. Hidangkan panas bersama nasi. 





0 comments: