Thursday, February 9, 2017

~ Resipi Pulut Kuning Bersama Rendang Daging...

Sheery Dream Cakes | 1:11 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pulut Kuning merupakan sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Beras pulut direndam bersama air kunyit bersama asam gelugor semalaman. Dikukus pula bersama santan , garam dan daun pandan sehingga ianya masak. Rasa lemak pulut beraroma daun pandan ini memang serasi dimakan bersama serunding, rendang atau sambal tumis.

Baru-baru ini, menu pulut kuning tiba-tiba menjadi popular di mata dunia. Pulut kuning merupakan salah satu menu yang telah disajikan oleh Chef Safura Tawil yang telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Embassy Chef Challenge 2016 di Ottawa, Kanada. Selain pulut kuning bersama serunding dan rendang daging, Chef Safura juga menyajikan otak-otak bersama acar dan sambal udang serta sate ayam berkuah kacang.

Hari ini sekali lagi kita singgah ke dapur Che Mat Gebu ya. Resipi pulut kuning ini Diana ikut dari resipi Dapur Tanpa Sempadan. Izinkan Diana panjangkan resipinya di sini ya Che Mat. Terima kasih... Jom semak resipinya. 



PULUT KUNING

Bahan-Bahan
  • 500 gram beras pulut
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan santan cair*
  • 3/4 camca teh garam*disatukan dan kacau rata )
  • 2 helai daun pandan
  • 100 ml pati santan (santan pekat)

Cara Membuatnya
  1. Cuci beras pulut, kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor. Biarkan semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian tos dan masukkan ke dalam loyang ( cm guna loyang saiz 9 inci ).
  2. Tuang santan cair, dan masukkan daun pandan. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Kareh atau gaulkan pulut tadi. Tuang pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau hingga pulut masak. Keluarkan daun pandan dan boleh dihidangkan bersama sambal tumis, rendang, kari atau serunding.




0 comments: