Friday, March 3, 2017

~ Resipi Mee Kari Simple...

Sheery Dream Cakes | 9:48 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kembali bersama resipi Mee Kari pula ya. Mee kari ni simple saja. Selera tekak orang yang kurang sihat. Teringin hendak makan mee kari. Masak la yang ringkas-ringkas sahaja kan. Alhamdulillah..

Jom semak resipinya.


MEE KARI

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 3 tbsp udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan bersihkan
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai

Bahan-Bahan A ( disatukan menjadi pes )
  • 4 tbsp rempah kari Baba's
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp serbuk kunyit
  • Sedikit air

Bahan-Bahan B
  • Thai rice stick secukup kegunaan _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • 200 gm daging ayam kisar Ayamas
  • 9 ekor udang bersaiz besar _ buangkan kulitnya, bersihkan dan celur
  • 1 kotak santan ( 200 ml )
  • 2 cawan air ( boleh dilebihkan mengikut kepekatan yang diingini )
  • 1 tsp sos ikan
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • Garam
  • Gula
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Cili merah _ dihiris
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan bahan pes dan masak sehingga kari benar-benar masak dan garing.
  3. Kemudian masukkan daging ayam kisar dan setelah ayam masak bolehlah dimasukkan air dan santan. Gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  4. Akhir sekali, masukkan sos ikan, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan hidang bersama thai rice stick yang telah di masak, udang yang telah dicelur, hirisan daun ketumbar, hirisan cili merah dan jus limau nipis.



0 comments: