Friday, March 3, 2017

~ Resipi Kari Ikan...

Sheery Dream Cakes | 8:06 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kari ikan ini salah satu menu makan malam kami minggu yang lalu. Masih lagi menggunakan resipi dari akak Shiela yang mana dulu Diana mencubanya dengan memasak ikan pari. Kali ini Diana guna sekali lagi resipi ni dengan ikan lain pula.

Jom semak sekali lagi resipi kari ikan yang sedap ni. Terima kasih sekali lagi buat akak Sheila di atas resipi yang sedap ini. Terima kasih.



:: Resipi Oleh ~Akak Shiela @ Spices Journey  ( TQ )

KARI IKAN 

Bahan-Bahan
  • 1kg ikan _ apa-apa jenis ikan yang disukai
  • 50 gm rempah kari ikan Baba's
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 5-6 ulas bawang merah _ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih _ dihiris halus
  • 1 inci halia _ dimayang halus 
  • 3 batang lada hijau _ dipatah-patahkan
  • 100 ml santan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 1 sudu besar beras sangai _ ditumbuk halus
  • Sedikit daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Segenggam asam jawa
  • Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai dan tumis halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar dan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan cili mesin menjadi pes.
  4. Masak sehingga rempah betul-betul garing dan naik bau di atas api kecil ( masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah tu dengan baik ).
  5. Masukkan air asam jawa secukup rasa. 
  6. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan ikan dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan cili hijau dan setelah ikan masak, bolehlah taburkan beras sangai dan kacau rata.
  8. Kecilkan api dan masak seketika.
  9. Akhir sekali bolehlah masukkan kacang bendi dan buah tomato.
  10. Tutupkan api dan hidang.




0 comments: