Tuesday, April 25, 2017

~ Resipi Nugget Ayam & Bayam...

Sheery Dream Cakes | 4:19 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali, Diana mohon maaf sebab blog ni agak kelam kabut sedikit dalam beberapa minggu ni. Diana cuba untuk perbaikinya secepat mungkin ya. In Shaa Allah semua entri akan ada seperti biasa..

Seperti mana yang anda telah sedia maklum, Diana sekarang ni sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat. Sekarang ni Diana dalam fasa mengekalkan berat badan yang ada.  In Shaa Allah.. Jadi, Nugget ayam & bayam ni merupakan salah satu menu yang Diana ambil. Ianya amat sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Ingin mencubanya? Boleh semak resipinya di bawah ya.


NUGGET AYAM & BAYAM

Bahan-Bahan
  • 150 gm dada ayam yang dicincang / daging ayam kisar
  • 3 biji telur
  • Segenggam sayur bayam _ cuci, toskan dan dihiris halus
  • Keju cheddar parut
  • Garam
  • Lada hitam kisar
  • Lada putih kisar
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 biji putih telur


Cara-Cara
  1. Masukkan ayam, telur dan garam ke dalam food processor dan kisar hingga hancur dan sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk yang sesuai.
  3. Tambahkan bayam, keju cheddar parut, lada putih kisar dan lada hitam kisar. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak zaitun dan kukus sehingga ianya masak.
  5. Keluarkan dari loyang dan potong ikut suka.
  6. Panaskan minyak dan sementara itu celupkan nugget ayam ke dalam putih telur.
  7. Goreng nugget ayam sehingga kekuningan. Angkat dan hidang.




2 comments:

Adam said... Reply

Saya akan cuba sabtu ni.
Jadi atau tak, itu cerita lain.

Sheery Dream Cakes said... Reply

Terima kasih.. In Shaa Allah