Saturday, May 27, 2017

~ Resipi Sandwich Udang...

Sheery Dream Cakes | 9:51 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Secara peribadi, jika Diana makan Sandwich Udang ni tanpa perahan jus lemon, pasti macam ada sesuatu yang kurang. Diana kurang suka makan Sandwich Udang ni tanpa perahan jus lemon. Gabungan rasa jus lemon dengan udang goreng serta sosnya semamangnya serasi. Tetapi ada juga orang yang tidak suka ianya dicampur dengan perahan lemon. Jadi ianya bergantung juga dengan selera masing-masing ya. Jika anda suka, anda boleh perahkan jus lemon sebelum menghidang. 

Baiklah, apa kata kita terus sahaja semak resipi Sandwich Udang ini.


SANDWICH UDANG

Bahan-Bahan A
  • 170 gm udang 
  • 1 tbsp susu segar
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Lada hitam kisar
  • Lada putih kisar

Bahan-Bahan B ( dicampur dan gaul rata )
  • 3 tbsp tepung gandum 
  • 6 tbsp bread crumbs
  • 1/2 tsp serbuk cili _ ( boleh juga guna paprika )
  • Garam

Bahan-Bahan Sos ( dicampur dan gaul rata )
  • 4 tbsp mayonis
  • 1 1/2 tbsp sos salad thousand island
  • 1 tsp sos cili

Bahan-Bahan Lain
  • Roti panjang ( roti hotdog ) secukup kegunaan, bergantung pada saiz udang yang digunakan _ dipotong dua dan dibelah
  • Lettuce _ dihiris
  • Hirisan buah tomato
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Kupas kulit dan buangkan kepala dan urat udang. Bersihkan dan ketepikan.
  2. Campurkan telur, susu segar, garam, lada hitam dan lada putih di dalam mangkuk yang sesuai. Kemudian pukul ringan menggunakan whisk.
  3. Masukkan udang dan gaul rata menggunakan sudu. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak secukupnya dan saluti udang dengan bahan-bahan B yang telah dicampurkan tadi. Goreng udang sehingga udang masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  5. Ambil sekeping roti dan sapukan dengan sedikit sos.
  6. Letakkan hirisan lettuce, hirisan buah tomato, udang goreng dan sos.
  7. Kemudian perahkan jus lemon sedikit di atasnya ( skip jika tidak suka jus lemon ).
  8. Akhir sekali lapiskan dengan roti yang telah disapukan dengan sedikit sos.
  9. Hidang.





0 comments: