Tuesday, May 30, 2017

~ Resipi Sup Telur...

Sheery Dream Cakes | 11:09 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.. Di atas izinNya dan rahmatNya hari ini kita masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini. Sudah hari keempat kita berada di dalam bulan yang mulia ini. Moga amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. In Shaa Allah..

Dikesempatan ini juga, Diana ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada sanak saudara dan semua yang menyambutnya.

Baiklah, untuk hari ini Diana ingin kongsikan resipi Sup Telur yang amat mudah untuk disediakan. Inilah salah satu menu bersahur yang menjadi permintaan ahli keluarga Diana setiap tahun. Jom semak resipi yang mudah ini.


SUP TELUR

Bahan-Bahan
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang merah _ dicincang
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 inci halia bersama kulitnya _ dibersihkan dan ditumbuk kasar
  • 1 tangkai cili padi _ diketuk
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Bawang goreng ( optional )

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak bijan di dalam periuk. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan air secukupnya dan garam. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan setelah air mendidih, masukkan telur satu persatu. Biarkan sehingga telur mengeras.
  4. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Gaul dan sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas. 
  6. Taburkan bawang goreng ketika menghidang jika suka.



0 comments: