Photography Tips

Sheery Dream Cakes | 5:50 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 


Terima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah di SDC ini. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat maya yang masih ingin Diana kongsikan photography tips di sini.

Moga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat membantu anda semua.. Terima kasih kepada yang sudi. Diana sedar betapa diri ini begitu kecil sangat dalam bidang fotografi ini... Banyak lagi ilmu fotografi yang perlu Diana selongkar perlahan-lahan.. Diana ini mak budak baru belajar.. Kalau sudi tolong berikan tunjuk ajar ya. 

Walaupun minat dalam bidang ini sudah lama.. Namun tu hanya minat sahaja. Tak pernah Diana ambil kursus atau mempelajarinya secara khusus dalam bidang ini.. Jadi sekiranya ada yang terkurang dan tersilap nanti... Diana harap dapat la kiranya anda semua memperbetulkannya ya.. Diana hanya pelajarinya dengan mencari bahan rujukan sendiri.. Paling banyak melalui internet ( online ) dan bagi Diana diri ini masih banyak kekurangan ilmu dalam bidang ini.. Gambar yang diambil tu pun hanya biasa-biasa sahaja.. Tapi jika perkongsian dunia fotografi ini dapat membantu anda dan mengembirakan anda semua.. Ianya lebih membahagiakan diri Diana.. Terima kasih sekali lagi kepada yang sudi.. Diana harap kita dapat bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan tentang fotografi ini ya..    


Kalau nak dapatkan gambar yang menarik dan cantik kita mesti memiliki kamera yang mahal... Ermmmm..... Betul ke? Secara peribadi, bagi Diana.. kamera yang mahal TIDAK menjamin untuk dapatkan gambar yang cantik... Kenapa? Perlu kita ingat bahawa yang LEBIH PENTING ialah ORANG YANG BERADA DI BELAKANG KAMERA itu sendiri... Jika beli kamera yang mahal sekali pun.. Tapi orang yang menggunakannya langsung tidak tahu menggunakannya pun tak guna juga kan.. Betul tak? 

Ada juga sesetengah orang yang sukar hendak memilih antara Nikon atau Canon. Ermm.. Bagi Diana itu terpulang pada minat dan keserasian masing - masing. Jika anda minat dan serasi bersama Nikon.. miliki la Nikon.. Sekiranya serasi dengan Canon.. miliki la Canon... :). Diana pula serasi bersama Nikon sejak dulu lagi. 

Jadi, mulai sekarang adalah lebih baik kita tidak membebankan diri dan fikiran kita dari terus beranggapan yang kamera mesti mahal baru boleh menghasilkan karya yang cantik dan menarik... Kita buang jauh-jauh dulu anggapan tu ok... ;). Tapi Diana tidak cakap kamera yang mahal tidak dapat menghasilkan karya yang cantik ya.. Jika mampu tak salah kalau nak miliki kamera yang mahal dan pasti hasil karya lebih menarik dan cantik jika anda telah menguasi fungsi-fungsi kamera tersebut..

Baiklah... Jika ada yang sudi, bolehlah klik link yang diberikan di bawah ya.. Terima kasih.

Salam Sayang...
Diana.

SBK bersama Majalah FOTO GRAFIKA.. TERIMA KASIH kepada Majalah Fotografika utamnya buat pembantu editor, Hamizah Amir Hamzah kerana sudi menawarkan supaya beberapa gambar yang ada kat SBK ni dimuatkan di dalam majalah Fotografika.. 



Klik link yang diberikan di bawah untuk tips fotografi..

:: Cara SBK Mengedit Gambar...