Assalamualaikum dan bertemu kita kembali di hari Jumaat yang mulia ini..
Alhamdulillah hari ini diberi peluang untuk Diana update blog ni.. Namun untuk BW belum termampu lagi Diana laksanakan.. Mohon ampun dan maaf daripada Diana.. Diharap tiada yang berkecil hati ya..
Resipi Opor Ayam ini, anda boleh dapatkannya dari Buku Resipi : 50 Hidangan Penambat Selera oleh Chef Hanieliza ..Resipi asal menggunakan daging.. Tapi Diana tukar kepada ayam.. Resipi ini memang sedap.. Terima kasih kepada Chef Hanieliza di atas resipi yang sedap ini.. Terima kasih akak... Kepada sesiapa yang belum memiliki buku tersebut, bolehlah dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran. memang berbaloi memiliki buku ini.