Showing posts with label Dumpling. Show all posts
Showing posts with label Dumpling. Show all posts

Thursday, August 31, 2017

~ Chinese Rice Dumpling ( Chang Ayam )...

Sheery Dream Cakes | 5:39 PM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari ini negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60. Selamat Hari Merdeka Malaysia. Esok kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti semua. 

Baiklah, hari ini tiada cerita yang hendak dikongsikan bersama. Apa kata kita cuci mata dengan gambar-gambar chang ayam yang Diana buat kelmarin. Jika hendak mencubanya, anda boleh rujuk resipinya di entri lepas  DI SINI atau  DI SINI atau bole juga rujuk di bawah ya.


CHINESE RICE DUMPLING ( CHANG AYAM )

Bahan-Bahan
  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan untuk Chang ).
  • Tali pengikat Chang yang dibuat dari kulit  batang pisang  atau sejenis lalang / rumput kering _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Bahan-Bahan Inti
  • Dada ayam _ dibersihkan dan dipotong nipis
  • Cendawan shiitake kering _ direndam dan dipotong kecil  
  • Dried chestnuts _ rebus hingga lembut dan buang sisa kulit yang masih ada / selaput merah pada chestnuts
  • Rebung dalam tin _ dihiris nipis
  • Preserved Vegetable / sayur asin _ rendam sekejap dan dibersihkan
  • Bawang merah _ dicincang halus
  • Bawang putih _ dicincang halus
  • Serbuk lada putih
  • Rempah 5 ( 5 spices ) _ optional
  • Garam
  • Perencah pati ayam Tumix _ optional
  • Kicap pekat Yot Brand /  Kicap pekat manis

**Boleh juga dicampur dengan bahan-bahan seperti daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan ianya terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara-Cara Menyediakan Inti
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, rebung, cendawan dan preserved vegetable. Masak seketika.
  3. Campurkan garam, kicap pekat, serbuk lada putih dan rempah 5.
  4. Masak hingga bahan² empuk dan sedikit garing.
  5. Angkat dan biarkan sejuk seketika. 
  6. Ketepikan.

Cara-cara Menyediakan Berasnya
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
  3. Angkat.

Cara-cara Membungkus Chang
  1. Ambil sehelai daun pandan atau daun buluh ( letakkan daun pandan sepanjang 2 inci di dalamnya jika menggunakan daun buluh ) dan lipat membentuk seperti kon. 
  2. Isikan sedikit beras pulut dan isikan sedikit inti ayam di atasnya.
  3. Masukkan juga sebiji atau beberapa biji chestnuts dan kemudian tutup atasnya dengan beras pulut semula.
  4. Lipat / bungkus chang dengan kemas dan ikat menggunakan tali pengikat chang. 
  5. Masukkan chang ke dalam air mendidih ( jumlah air mesti melebihi paras chang ) sehingga Chang Ayam masak. 
  6. Biasanya masa merebus tidak kurang dari 1 jam 30 minit ( Diana biasanya merebus chang selama 2 jam lamanya). Tapi ia bergantung juga kepada saiz bungkusan chang yang kita buat.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, May 13, 2017

~ Resipi Wantan Mee Kicap...

Sheery Dream Cakes | 12:05 PM | | | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu depan merupakan minggu yang sibuk sedikit buat Diana. Jadi hari ini Diana mengambil kesempatan untuk update blog ni dengan beberapa entri. In Shaa Allah..  Ada beberapa entri yang tertangguh untuk dikongsikan.

Resipi untuk kali ni Diana kongsikan resipi Wantan Mee Kicap yang Diana masak beberapa hari yang lepas. Ahli keluarga Diana sememangnya suka makan wantan mee kicap. Jika ada kelapangan sedikit memang berbaloi memasaknya sendiri. Tetapi jika masa tidak mengizinkan, lebih baik makan atau beli di kedai sahaja. Heheheh.. Memang banyak juga hendak disediakan bahan-bahannya. Nak sediakan wantan goreng, mana lagi nak masak ayamnya dan kuah kicap semestinya.

Baiklah.. Resipinya anda boleh rujuk di bawah ya.

WANTAN MEE KICAP

Bahan-Bahan
  • Mee wantan secukup kegunaan _ celur dan angkat, kemudian celup di dalam air sejuk dan toskan
  • Sayur sawi _ dicelur
  • Wantan goreng _ ( resipinya rujuk di bawah )
  • Ayam Panggang Madu _ ( resipinya rujuk di bawah  atau  KLIK DI SINI )
  • Kuah kicap _ ( resipinya rujuk di bawah )
  • Hirisan daun bawang

Cara Menghidang
  1. Sendukkan kuah kicap ke dalam pinggan atau mangkuk.
  2. Kemudian susun mee wantan, wantan goreng, ayam panggang madu, sayur sawi dan taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
  3. Hidang.

WANTAN GORENG

Bahan-Bahan Inti
  • 150 gm udang _ buang kepala, kupas kulit, bersihkan dan dicincang halus
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • Sedikit sos ikan
  • Daun sup _ dihiris 
  • Lada putih kisar

Bahan-Bahan A
  • 10 Keping kulit wantan
  • Air untuk pelekat
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan inti ke dalam mangkuk dan gaul rata. Perap selama 30 minit.
  2. Kemudian ambil sekeping kulit wantan  dan bubuh intinya. Beruskan tepi kulit wantan dengan sedikit air. Lipatkan dengan kemas. 
  3. Ulang proses No.2 sehingga kulit wantan habis digunakan. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan masukkan wantan udang tadi. Goreng sehingga wantan masak kekuningan.
  5. Angkat dan toskan minyaknya.
  6. Makan bersama sos pilihan atau nikmatinya bersama mee wantan kicap.

AYAM PANGGANG MADU

Bahan-Bahan
  • 3 keping paha ayam _ buangkan tulangnya
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Air secukup kegunaan

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 tbsp Oriental BBQ Sauce Life
  • 1 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp jus halia
  • 1 tbsp madu
  • Sedikit gula jika suka

Bahan-Bahan Lain
  • Sedikit madu + sedikit air

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap dan perap selama 30 minit atau lebih.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan tambahkan air sehingga paras ayam. 
  3. Rebus ayam sehingga ayam empuk dan kuahnya kering. Tutupkan api. 
  4. Kemudian keluarkan ayam dari periuk dan susun ayam tadi di atas rak besi pemanggang. 
  5. Sapukan ayam dengan campuran madu dan air. Taburkan biji bijan di atas ayam. Ketepikan. 
  6. Panaskan oven pada suhu 200°C  dan masukkan ayam ke dalam oven. Bakar sehingga ayam keperangan.
  7. Setelah ayam masak, keluarkan dari oven dan potong ayam mengikut citarasa masing-masing.
  8. Hidang.
:: Anda boleh KLIK DI SINI untuk tengok entri yang lepas Ayam Panggang Madu.

KUAH KICAP

Bahan-Bahan Ditumbuk
  • 1 inci halia 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 

Bahan Sampingan
  • 10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang 
  • 4 - 5 cawan air
  • Bancuhan tepung jagung + air 

Bahan Sos (campurkan semua dalam mangkuk kecil) 
  • 5 sudu besar kicap masin 
  • 3 sudu besar kicap manis 
  • 3 sudu besar kicap cair 
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih 

Cara-Cara Masak Kuah 
  1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. 
  2. Masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung, cendawan hitam dan bahan sos. Masak sehingga mendidih dan cendawan masak.
:: NOTE ~
Untuk resipi kuah kicap di atas, banyak bahan yang Diana tidak tulis seperti resipi asal sebab kuah kicap yang akak Ummi dan Akak Ida kongsikan itu untuk resipi Yee Mee Kicap. Jadi, untuk Wantan Mee Kicap ini, resipi kuahnya Diana hanya guna bahan seperti di atas ini ya.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, September 2, 2012

~ Chinese Rice Dumpling ( Chang Ayam )...

Sheery Dream Cakes | 1:27 PM | | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ni... Hari ni pasti ramai yang pergi keluar bersiar-siar bersama keluarga tersayang kan.. Diana tak pergi mana-mana pun.. Hanya rehat di rumah saja... Cuma niat di hati nak buat cupcake sekejap lagi.. 

Entri kali ni.. Diana nak kongsikan resipi ulang tayang saja ... Resipi campak-campak sahaja pun... Chinese Rice Dumpling atau lebih dikenali sebagai Chang ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga... Dulu ada juga Diana pernah kongsikannya di ENTRI INI... Ok, apa kata kita tengok resipi ulang tayang ni sekali lagi... Cuma kali ni Diana ada tambah 1 bahannya untuk versi kali ni ya. 


CHINESE RICE DUMPLING ( CHANG AYAM )

Bahan-Bahan
  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai² yang menjual bahan² untuk Chang ).
  • Pengikat Chang yang dibuat dari kulit pisang atau sejenis lalang / rumput _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Bahan-Bahan Inti
  • Dada ayam _ dibersihkan dan dipotong kecil²
  • Cendawan shitake kering _ direndam dan dipotong kecil ²
  • Dried chestnuts _ rebus hingga lembut dan buang sisa kulit yg masih ada
  • Rebung dalam tin _ dihiris kecil²
  • Preserved Vegetable _ rendam sekejap dan dibersihkan
  • Bawang merah _ dicincang halus
  • Bawang putih _ dicincang halus
  • Serbuk lada putih
  • Rempah 5 ( 5 spices )
  • Garam
  • Perencah pati ayam Tumix
  • Kicap pekat Yot Brand

**Boleh juga dicampur dengan bahan² seperti daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan ianya terpulang pada citarasa masing².

Cara-Cara Menyediakan Inti
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, rebung, cendawan dan preserved vegetable. Masak seketika.
  3. Campurkan garam, kicap pekat, serbuk lada putih dan rempah 5.
  4. Masak hingga bahan² empuk dan sedikit garing.
  5. Angkat dan biarkan sejuk seketika. 
  6. Ketepikan.

Cara² Menyediakan  Berasnya
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
  3. Angkat.

Cara² Membungkus Chang
  1. Ambil sehelai daun pandan atau daun buluh ( letakkan daun pandan sepanjang 2 inci di dalamnya jika menggunakan daun buluh ) dan lipat membentuk seperti kon. 
  2. Isikan sedikit beras pulut dan isikan sedikit inti ayam di atasnya.
  3. Masukkan juga sebiji atau beberapa biji chestnuts dan kemudian tutup atasnya dengan beras pulut semula.
  4. Lipat / bungkus chang dengan kemas dan ikat menggunakan tali pengikat chang. 
  5. Masukkan chang ke dalam air mendidih ( jumlah air mesti melebihi paras chang ) sehingga Chang Ayam masak. 
  6. Biasanya masa merebus tidak kurang dari 1 jam 30 minit ( Diana biasanya merebus chang selama 2 jam lamanya). Tapi ia bergantung juga kepada saiz bungkusan chang yang kita buat.








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 29, 2011

~ Resipi Tang Yuen Glutinous Rice Balls...

Sheery Dream Cakes | 8:25 AM | 10 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. 

Rindu rasanya kat semua orang.. Tapi apa kan daya.. Keadaan tak mengizinkan untuk Diana berkunjung ke blog akak².. abang².. adik² dan  kekawan semua... Huhuuu.. kesibukan yang melanda ni belum berakhir lagi.. Diana mohon maaf tau sebab banyak entri menarik anda semua yang Diana ketinggalan.. InsyaAllah hari ni akan Diana BW mana yang tersempat yer.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana yang sunyi sepi dari entri terbaru ni.. Sayang anda semua...

Hari ni buat Tang Yuen atas permintaan anak Diana Shafie ( Yong ) di hari lahirnya 2 hari lepas. Kali ni Diana buat yang berinti kacang tanah.. Sememangnya anak² Diana suka sangat makan Tang Yuen ni sejak mereka kecil lagi.. Dulu Diana pernah kongsikannya kat sini juga resipi Tang Yuen ni.. Nak tengok Versi Lepas ( hanya menggunakan tepung pulut sepenuhnya untuk adunan tepung tu ) klik kat    SINI yer.. Untuk resipi kali ni Diana nak kongsikan resipi adunan tepung tu yang d campurkan dengan sedikit tepung jagung.. Rasanya sama jer bagi Diana.. Tak der ler jauh sangat bezanya.. :). Apa kata kita tengok resipinya.. 




TANG YUEN GLUTINOUS RICE BALLS ( Tepung jagung + Tepung pulut )

Bahan-Bahan
  • 4 cawan tepung pulut
  • 10 tbsp tepung jagung
  • 2 ( - + ) cawan air _ ( ni anggaran saja ya.. bubuh sikit-sikit tau )
  • Pewarna merah, kuning atau pewarna kesukaan masing-masing 

Bahan-Bahan A
  • 4 inci halia _ dihiris kasar
  • 4 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Air secukup kegunaan
  • Sedikit garam
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Inti ( init ini jika ada lebih boleh disimpan dalam peti ais ya )
  • 1 1/2 cawan kacang tanah tanpa kulit
  • 2 tbsp creamy peanut butter
  • 1 1/2 tbsp peanut butter with choc stripes
  • 3 tbsp gula kastor ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. :: Sebaiknya sediakan intinya terlebih dahulu. Goreng kacang tanah tanpa minyak atau boleh juga dipanggang. Kemudian kisar kacang tanah tadi dan gaulkan bersama kesemua baki bahan inti tersebut.. Ketepikan.
  2. :: Sediakan 2 periuk yang berisi dengan air. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia. Biarkan ianya mendidih. Jangan tutupkan api.
  3. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa. Tutupkan api setelah ianya mendidih.
  4. :: Untuk membuat adunan tepung ~ Campurkan tepung pulut bersama tepung jagung dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya boleh dibulat-bulatkan.
  5. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian ( diana bahagi kepada 3 bahagian ).
  6. Bubuh pewarna berlainan pada setiap bahagian adunan tepung tersebut.
  7. Ambil sedikit adunan tepung dan bubuhkan inti ( boleh juga buat tanpa inti ). Bulat-bulatkankan dan kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi air, garam dan halia. Setelah ianya timbul bolehlah diangkat dan dipindahkan ke dalam periuk yang berisi dengan daun pandan, air dan gula tadi.
  8. Buat sehingga adunan habis.
  9. Hidang.
  10. Sedap juga dinikmati setelah disejukkan di dalam peti ais.
:: Untuk intinya ~ Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar.. campurkan bersama bahan inti yang lain  :: 

::  Sediakan 2 periuk yang berisi air.. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia.. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa.. Biarkan mendidih  ::


::  Bahgiakan kepada beberapa bahagian mengikut kesukaan masing-masing ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 28, 2011

~ Resipi Tang Yuen Glutinous Rice Balls...

Sheery Dream Cakes | 9:51 PM | 6 Comments so far
::  Tang Yuen yang berinti kacang hitam  ::
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. 

Tang Yuen ini dibuat dari tepung pulut sepenuhnya atau boleh juga dicampurkan dengan tepung yang lain mengikut citarasa yang menyediakannya.. Ianya boleh diintikan dengan kacang tanah, kacang hitam atau apa-apa inti kegemaran masing-masing.. Cara membuatnya lebih kurang sama dengan cara membuat Onde Onde.. Cuma rasanya amat berbeza tau... ;). Cara penyediaan tang yuen ini berbeza-beza mengikut daerah atau negeri... 

Sekarang, kita tengok cara Diana menyediakannya pula ya...




TANG YUEN GLUTINOUS RICE BALLS 

Bhn² A
  • Tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Kacang tanah kisar atau kacang hitam ( boleh intikan dengan inti kegemaran masing² )
  • Pewarna merah, hijau atau boleh juga pilih warna lain yer


Bhn² B
  • Halia _ d hiris nipis
  • Daun pandan _ d siat dan d simpul
  • Air
  • Garam


Cara²
  1. Sediakan 2 periuk yang dalam .. Isikan dengan air yang banyak.
  2. Tambahkan halia dan garam ke dalam 1 periuk. Biarkan ianya mendidih.
  3. Periuk yang 1 lagi bubuhkan dengan gula secukup rasa dan daun pandan. Biarkan mendidih. setelah mendidih tutupkan apinya.
  4. Tepung pulut d campurkan dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh d bulat²kan ( seperti membuat onde - onde gitu ). 
  5. Kemudian.. bahagikan adunan kepada 3 bahagian ( beberapa bahagian pun boleh juga ).
  6. Warnakan setiap adunan dengan warna yang berlainan.
  7. Ambil sedikit adunan tadi.. intikan dengan inti kegemaran masing².
  8. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air, halia dan garam tadi. Setelah tang yeun itu timbul.. angkat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air, gula dan daun pandan tadi.
  9. Buat sehingga habis. Hidang.
::  Sebelum d masak ( Berinti kacang hitam )  ::

::  Yang ni tiada inti.. saiznya kecil sedikit .. Daughter buat yg tiada inti ni.. macam² saiz yg ada kan..  ::
::  D masak bersama air halia dan garam  ::
::  D masukkan ke dalam air gula dan daun pandan  ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>