Showing posts with label Puff | Pie | Tart. Show all posts
Showing posts with label Puff | Pie | Tart. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

~ Cream puff / Eclairs / Profiteroles...

Sheery Dream Cakes | 7:24 PM | 5 Comments so far
::  Yang ini sebelum diisikan dengan fillingnya lagi  :: 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana hendak kongsikan resipi Cream Puff dari juara MasterChef Malaysia Musim Pertama, Dr. Ezani... Cream Puff ini sememangnya sedap.. Memang berbaloi mencubanya tau...  Terima kasih buat Dr. Ezani kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini.. Izinkan akak kongsikannya di sini pula ya.. 


::  Resipi Oleh ~ Dr. Ezani ( Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama )  ( TQ )

CREAM PUFF / ECLAIRS / PROFITEROLES  


Basic recipe choux pastry
  • 1/2 cawan ( 65 gram ) tepung gandum
  • 1/2 sudu teh gula pasir putih
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 cawan ( 57 gram ) mentega 
  • 1/2 cawan ( 120 ml ) air
  • 2 biji telur
  • 1 biji telur dikacau _ untuk disapu atas doh 

Cara-Cara
  1. Panaskan oven kepada 210 darjah C dan letak oven rack di tengah-tengah ketuhar. 
  2. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak atau saya lebih suka pakai silicone baking mat ( saya beli di ikea ), confirm tak lekat.
  3. Ayak tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
  4. Panaskan air dan mentega dalam periuk sederhana besar sehingga mendidih. 
  5. Angkat dari api dan dengan segera masukkan campuran tepung. Cepat-cepat kacau dengan senduk kayu. 
  6. Kembalikan ke atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga doh lekang dari sisi kuali dan membentuk bebola licin tebal ( kira-kira 3-4 minit ). 
  7. Pindahkan doh ke dalam mangkuk pengadun, pukul menggunakan mixer electric dengan kelajuan rendah selama satu atau dua minit untuk melepaskan stim daripada doh dan menyejukkan doh sedikit. 
  8. Setelah doh suam masukkan telur sebiji dan pukul perlahan sehingga sebati. Masukkan sebiji lagi telur. Pukul hingga doh menjadi pes yang melekit dan likat. 
  9. Paipkan doh mengikut bentuk dan saiz yg diinginkan di atas dulang pembakar, jarakkan lebih kurang 1 1/2 inci. [ boleh paipkan bulat untuk cream puff, atau pun lonjong untuk eclairs ].
  10. Pukul telur sebiji dan sapu di atas doh menggunakan berus pastri ( Diana tidak buat ).
  11. Tips:  Renjis sedikit air di atas dulang dan doh sebelum masukkan dalam over. Ini akan membentuk steam bila dibakar dan membantu doh naik ].
  12. Bakar selama 20 minit dan kemudian kurangkan suhu ketuhar kepada 180 darjah C. Bakar lagi lebih kurang 20 minit atau sehingga puff keperangan dan garing. 
  13. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian bolehlah diisi dengan pastry cream / custard atau whipping cream ( non dairy whipped topping ).
  14. Atasnya boleh dusting dengan icing sugar atau celup dengan coklat [ coklat dicairkan atas double boiler dan tambah sedikit shortening ].

::  Bubuh whipping cream + isi durian di tengahnya pun sedap....  ::


Resepi pastry cream ( Diana tidak buat )
  • 1 1/4 cawan ( 300 ml ) susu segar / susu uht
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur 
  • 1/4 cawan ( 50 gram ) gula pasir putih
  • 2 sudu besar ( 20 gram ) tepung serba guna
  • 2 sudu besar ( 20 gram ) tepung jagung 

Cara-Cara
  1. Campuran kuning telur, gula, tepung, tepung jagung bersama-sama dalam mangkuk, kacau sebati. 
  2. Sementara itu, dalam periuk panaskan susu dan vanila sehingga hampir mendidih. Angkat dan tuangkan perlahan-lahan ke atas campuran telur, kacau dengan whisk sentiasa hingga sebati. 
  3. Kemudian tuangkan semula campuran telur ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mendidih, jangan berhenti memukul. Apabila ia mendidih , pukul campuran selama 30 - 60 saat sehingga ia menjadi pekat dan kental. 
  4. Angkat dari api, tapis dan pindahkan ke dalam mangkuk. Tutup dengan clingwrap dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan. 

** NOTE ~ ( Sebelum paipkan pastry cream ke dalam cream puff, pukul sedikit pastry cream untuk buang ketul-ketulan. Boleh buat lubang dibawah cream puff atau belah cream puff untuk paipkan pastry cream ). 


Untuk yang ini Diana hanya paipkan Nutella cream ( Krim putar bukan tenusu + Nutella ) ke dalam cream puff ni.. Lepas tu sapukan nutella di atasnya.. Yang ini di atas permintaan anak kecil Diana.. Dia suka sangat... :)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>