Showing posts sorted by relevance for query golden butter prawn. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query golden butter prawn. Sort by date Show all posts

Thursday, November 24, 2011

~ Ayam Mentega / Golden Butter Chicken Versi 1 & 2...

Sheery Dream Cakes | 6:19 PM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Bersua kembali bersama ayam mentega pula ya hari ini. Tiada apa yang hendak diceritakan hari ni. Apa kata terus sahaja kita semak resipi kali ni. Resipi ni lebih kurang dengan resipi Golden Butter Prawn yang pernah Diana kongsikannya di sini dulu.. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya..



AYAM MENTEGA / GOLDEN BUTTER CHICKEN VERSI 2

Bahan-Bahan
  • 4 keping paha ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong menjadi 16 ketulan kecil
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu


Bahan-Bahan B
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )



Cara-Cara
  1. Campurkan ayam, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapatkan adunan tepung seperti Gambar A.
  4. Perap ayam selama 5- 10 minit.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga ayam masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang.

Gambar A



* * * * * * * * * * * * * *




AYAM MENTEGA / GOLDEN BUTTER CHICKEN VERSI 1

Bahan-Bahan
  • 250 gm dada ayam _ dipotong kecil
  • 2 tangkai daun kari _ dicincang
  • 2 biji cili padi _ dipotong 2
  • 50 gm mentega
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan A 
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp gula
  • 1 1/2 tbsp tepung kastard
  • 1 biji telur bersaiz kecil
  • Garam secukup rasa


Bahan-Bahan B
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 biji telur bersaiz kecil
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Gaul ayam bersama bahan-bahan A dan perap selama 30 minit.
  2. Saluti ayam bersama tepung jagung dan goreng ayam hingga masak keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi. Tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan bahan-bahan B dan kacau rata. Setelah sedikit pekat bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi.
  6. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 17, 2011

~ Resipi Golden Butter Prawn...

Sheery Dream Cakes | 10:02 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali kita di entri kali ini.. Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja semak resipi kali ini.


GOLDEN BUTTER PRAWN

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibuang kulit  bahagian badan tengahnya. Tinggalkan kepala dan ekornya
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B ( Bergantung kepada saiz udang yang digunakan ( - / + ) )
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Campurkan udang, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Perap udang selama 5- 10 minit.
  5. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga udang masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan udang goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang. 


::  Ini pula versi udang yang digoreng bersama kulitnya  ::


** NOTE ~ Resipi di atas juga boleh digunakan untuk resipi Udang Goreng Mentega. Cuma kurangkan sukatan susu cairnya ya. Hasil masakannya seperti gambar-gambar di bawah.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>