Saturday, February 19, 2011

~ Resipi Sandwich Sosej Telur...

Sheery Dream Cakes | 11:37 AM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Selamat pagi.. Dah hari Sabtu lagi kan... Cepat sungguh.. Hari ini hanya bersarapan dengan Sandwich Sosej Telur.. Sarapan kegemaran anak-anak.. Sebenarnya Diana sendiri pun suka dengan menu sarapan yang ringkas ni. 

Apa kata kita semak resipinya..




SANDWICH SOSEJ TELUR
Untuk Seorang 


Bahan-Bahan
  • 2 keping roti Gardenia Breakthru _ d potong tepinya
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp sos cili
  • 1 batang sausage 
  • Keju parut secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng


Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp gula


Cara-Cara
  1. ~ Untuk sausage ::  Perapkan sosej bersama bahan-bahan perap selama 5 minit.
  2. Goreng sausage dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ya. Goreng sekejap sahaja. Angkat dan  belah kepada 2 bahagian. Ketepikan.
  3. ~ Untuk telur ::  Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali. Pecahkan telur dan bubuh sos cili di atas telur itu. Jangan digaul. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil sekeping roti dan taburkan keju parut. 
  5. Lapiskan dengan telur dan keju parut lagi.
  6. Kemudian lapis dengan sekeping roti dan setelah itu tabur dengan keju parut lagi.
  7. Susun sosej dan sedikit telur lagi. Taburkan keju parut dan picitkan sos.
  8. Bakar sekejap.
  9. Hidang.
  10. Siap!!!
::  Ni la rupa telur tu ya  ::










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, February 13, 2011

~ Resipi Ayam Panggang Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 9:27 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salah satu menu makan malam kami hari ni, Ayam Panggang Lada Hitam… Apa kata terus sahaja kita semak resipinya di bawah...


AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-Bahan A
  • 1 ekor ayam _ dibersihkan
  • 25 gm halia _ dihiris
  • 6 ulas bawang putih _ dihiris
  • 4 ulas bawang merah _ dihiris
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp gula
  • 1 tbsp kicap soya pekat manis Cap Ayam _ ( Boleh dikurangkan )
  • 3 tbsp Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix ( Cosway )
  • 1 tbsp daun thyme _ ( Diana guna daun thyme kering )
  • 3 helai daun bay ( Diana guna daun bay kering ) _ dicarik-carik
  • Sedikit daun ketumbar cincang



Bahan-Bahan B
  • 2 tbsp sos tiram
  • 3 tbsp Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix ( Cosway ) _ ( Boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa ( rasa dulu  sebelum bubuh garam )
  • 3 cawan air


Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap sekurang-kurangnya 1 1/2 jam ( sebaiknya semalaman ).
  2. Setelah itu, masukkan bahan-bahan B bersama ayam ke dalam kuali yang lebar dan dalam. 
  3. Masak di atas api sederhana sehingga ayam masak dan kuahnya pekat. 
  4. Angkat ayam dan letakkan di atas dulang pembakar. Curahkan juga kuah tadi di atas ayam. 
  5. Panggang ayam di dalam oven sekejap sehingga sedikit garing ( jangan terlalu garing ). 
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
::  Ayam dimasak di dalam kuali terlebih dahulu sebelum dipanggang di dalam oven  ::


::  Deli Chef  ::








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 8, 2011

~ Ayam Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 11:40 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang…

Hari ni tiada apa yang hendak diceritakan.. Terus sahaja kita semak resipi Ayam Sos Plum versi campak-campak ni ya.. Resipi asal dari buku masakan cina tetapi Diana olah mengikut bahan yang ada di rumah ni ya.. 

AYAM SOS PLUM

Bahan-Bahan
  • 2 ketul paha ayam ( buang tulangnya )_ boleh guna dada ayam.. Lagi senang..;)

Bahan-Bahan Salad

  • 1 biji mangga bersama kulitnya _ di hiris nipis. 
  • Cili merah _ dihiris nipis
  • Bawang besar _ dihiris nipis
  • Bawang merah besar _ dihiris nipis
  • 1 biji timun _ dihiris nipis bersama kulitnya
  • 1 biji apple ( boleh guna hijau ataupun merah ) _ dihiris nipis

** Campurkan kesemua bahan dan rendam d dlm air sejuk dan garam.. Setelah bhn² hiris lembut, toskan airnya dan campurkan dengann bhn sos salad _ ketepikan.

Bahan-Bahan Perap

  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp tepung custard
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan Sos

  • Bawag merah _ dicincang
  • Bawag putih _ dicincang
  • 2 tbsp sos plum
  • 2 tbsp fruit jam
  • 2 tbsp air limau kasturi
  • 1 tsp Minyak bijan
  • Cili merah _ dicincang
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Cili padi _ dicincang ( tak nak letak pun tak per ) 

Bahan Asas Tepung

  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung ubi
  • 2 tbsp tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • Air secukupnya

Bahan Sos Salad

  • Tomato sos
  • Thai Cili sos
  • Cili sos
  • Gula
  • Air limau kasturi

Cara-Cara

  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 2 jam atau lebih.
  2. Gaul ayam bersama adunan tepung dan goreng hingga masak kekuningan _ angkat dan toskan. Potong kecil² dan susun di atas piring. 
  3. Tumis bwg merah, bwg putih dan cili merah hingga naik wanginya.
  4. Masukkan kesemua bhn sos. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
  5. Susun salad di tepi ayam yang telah disusun tadi.
  6. Tuang sos di atas ayam. 
  7. Hidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 1, 2011

~ Resipi Kek Kukus Lapis Marble Nescafe...

Sheery Dream Cakes | 6:39 PM | | 2 Comments so far

KEK KUKUS LAPIS NESCAFE

:: Saiz Loyang ~ 7 atau 8 inci


Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm )  mentega berkualiti tinggi
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm ) gula kastor
  • 1 1/2 cawan ( 175 gm ) tepung gandum ( diayak )
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ susu krimer manis cap junjung
  • 1 tin sederhana seri kaya ( 300 gm )
  • 4 tsp nescafe ( diayak ) 
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna kuning 
  • Pewarna perang atau jika suka boleh gantikan dengan sedikit browning sugar

Cara-cara

  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. :: 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang atau sedikit browning sugar.
  7. :: 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
  8. Ambil sedikit adunan nescafe dan sedikit adunan seri kaya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan digriskan nipis dengan mentega. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan seri kaya dan kukus sehingga kek masak.
  10. Ulang proses  no.8 dan no .9 sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>